Amira Othman kongsi video Fattah Amin buat trend TikTok di restorannya. Netizen tak sangka ‘Kak Long’ selamba up content ‘dugem’ macam tu!
Penyanyi dan pelakon Amira Othman mencetuskan kejutan dalam kalangan peminat apabila memuat naik satu video yang memaparkan Fattah Amin sedang melakukan trend TikTok secara santai.
Dalam video yang dimuat naik ke akaun TikTok rasminya, Amira — atau nama penuhnya Nadia Amira Othman — dilihat berada di sebuah restoran bersama Fattah Amin dan pelawak terkenal Bell Ngasri. Apa yang menarik perhatian ialah aksi Fattah yang sporting mengikut rentak lagu TikTok yang sedang tular, sambil Bell berada di sisi, kelihatan hanya mampu ‘pasrah’ melihat gelagat mereka.
“Tembak tembak dududu, kesian Bell,” tulis Amira dalam kapsyen video tersebut.
Namun, apa yang membuatkan warganet lebih terkejut bukanlah aksi Fattah semata-mata, tetapi keberanian Amira sendiri memuat naik video sebegitu secara umum. Ruangan komen dibanjiri dengan pelbagai reaksi yang rata-ratanya terkejut dan terhibur dengan tindakan penyanyi lagu Hati-Hati itu.
Ada yang menyangka Amira tersalah tekan tetapan dan sepatutnya hanya dimuat naik sebagai tontonan peribadi.
“Aku sampai buka profil sebab nak tengok betul ke ni akaun Amira Othman,” tulis seorang pengguna.
Baca Juga : Fattah Amin Akhirnya Buka Mulut, Akui Keluarga Restu Hubungan Dengan Amira Othman
Baca juga : Fattah Amin Jawab Gosip Sudah Bertunang Dengan Amira Othman – ‘Kalau Betul, Tak Boleh Sorok’
“Macam tak percaya Kak Long post video Abang Long dekat TikTok dengan lagu dugem,” tambah seorang lagi netizen.
Malah ada juga yang berseloroh bahawa Amira mungkin lupa tukar tetapan kepada ‘only me’ sebelum tekan upload.
Walaupun begitu, rata-rata memuji sisi spontan dan bersahaja Amira yang dilihat tidak terlalu menjaga protokol sebagai artis wanita, sebaliknya berkongsi momen mesra rakan selebriti dengan penuh semangat santai.
Sumber : Tiktok
@amiraothmanofficial Tembak tembak dududu 🔫 kesian @bellngasri 🤣 @FattahAmin
♬ original sound - Babyshima Entertainment - Babyshima Entertainment
By Tarziman — 20 May 2025, 02:21 PM