· · ·

Kedutaan Indonesia desak rakyatnya yang tinggal tanpa dokumen sah di Malaysia Sertai Program Repatriasi Migran 2.0. Sebelum terlambat

Kedutaan Besar Republik Indonesia di Malaysia menggesa rakyatnya yang tinggal di negara ini tanpa dokumen sah agar segera mengambil peluang untuk kembali ke tanah air melalui Program Repatriasi Migran 2.0 yang diumumkan oleh kerajaan Malaysia.

Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono, menyampaikan peringatan tegas agar warga negaranya yang merupakan pendatang asing tanpa izin (PATI) segera menyertai program ini yang bermula 19 Mei 2025 hingga 30 Mei 2026, khusus untuk kawasan Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Saya harap, teman-teman yang selama ini ‘kosong’ (ilegal), menjadi PATI di Malaysia, betul-betul dapat memanfaatkan program ini secepat mungkin,” katanya dalam kenyataan rasmi.

Dalam masa yang sama, Kedutaan Indonesia juga mengingatkan seluruh rakyatnya yang bekerja di luar negara agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang negara tuan rumah. Langkah ini penting bagi menjaga keselamatan serta imej baik pekerja migran Indonesia di luar negara.

Menurut Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, program ini terbuka kepada PATI yang tidak pernah menyertai mana-mana program repatriasi sebelum ini. Mereka yang telah mendaftar dalam edisi sebelumnya namun tidak keluar dari negara ini tidak lagi layak.

Baca Juga : Wanita Indonesia Tersentak Lelaki Jordan Pilih Nasi Goreng Malaysia

Baca juga : YouTuber Dedah Kilang Di Indonesia Guna Sampah Sebagai Bahan Bakar Goreng Tauhu

PATI yang menyertai program ini akan dikenakan denda RM500 atas kesalahan berada di Malaysia tanpa dokumen yang sah, termasuk visa dan permit kediaman yang telah tamat tempoh. Sementara itu, mereka yang melanggar syarat imigresen akan dikenakan denda RM300.

Program Repatriasi Migran 2.0 ini merupakan inisiatif kemanusiaan yang memberi peluang kepada warga asing untuk pulang ke negara asal dengan selamat dan secara sah, tanpa berdepan hukuman berat seperti penahanan atau tindakan mahkamah.

Sumber : Vocket 

By Tarziman — 22 May 2025,  02:34 PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos