Bahasa Tubuh Han Anak Sulung Cik Epal Tarik Perhatian, Netizen Harap Dapatkan Terapi
Sebuah hantaran di Facebook baru-baru ini menarik perhatian ramai apabila seorang pengguna media sosial menganalisis bahasa tubuh Han, anak sulung kepada usahawan dan pempengaruh terkenal, Cik Epal. Perkongsian tersebut dibuat susulan tularnya rakaman sambutan hari lahir Han di mana ibunya dilihat menangis sewaktu menyampaikan ucapan.
Menurut warganet yang dikenali sebagai Ida Latif, gerak-geri Han — khususnya perbuatannya menarik lengan baju ke bawah — sebenarnya menyimpan makna psikologi yang lebih mendalam daripada yang disangka.
“Bahasa badan tidak menipu. Bila seorang budak lelaki tarik lengan baju panjang dia ke bawah masa nampak mak dia menangis, nampak simple, tapi sebenarnya ada makna psikologi yang dalam,” tulis Ida.
Beliau menjelaskan bahawa tindakan itu mungkin satu bentuk tindak balas tubuh untuk menenangkan diri atau “self-soothing”, terutamanya dalam situasi yang membuatkan seseorang rasa tidak selesa atau terancam secara emosi. Ia juga boleh menjadi petunjuk rasa bersalah, malu, atau percubaan untuk menyembunyikan emosi — sesuatu yang lazim berlaku dalam kalangan kanak-kanak lelaki yang diajar untuk “tahan” tangisan.
“Tarik lengan tu macam cara dia nak peluk diri sendiri secara halus, sebab hati dia tengah kacau tengok mak sedih,” katanya.
Ida turut menyentuh kemungkinan bahawa Han pernah mengalami pengalaman yang mencetuskan trauma atau tekanan emosi yang membuatkan gerak-geri kecil itu menjadi refleks untuk melindungi diri. Tambahnya, tindakan spontan sebegini kadangkala mewakili emosi yang tidak mampu diluahkan secara lisan oleh kanak-kanak.
Beliau turut menyatakan empatinya terhadap Han yang menurutnya mungkin sedang memikul beban emosi tanpa disedari orang sekeliling.
Baca Juga : Cik Epal Dakwa Dicederakan Dewi Ketika Ambil Barang, Dewi Tampil Cerita Sisi Sebenar
Baca juga : Cik Epal Dakwa Dicederakan Dewi Ketika Ambil Barang, Dewi Tampil Cerita Sisi Sebenar
Dia rasa sedih, dia faham mak tengah sedih… tapi dia tak tahu nak bantu macam mana. Jadi, badan dia bertindak ikut rasa, tarik lengan tu mungkin cara dia luah perasaan.”
Justeru, Ida menasihatkan agar ibu bapa kanak-kanak seperti Han lebih peka terhadap bahasa tubuh anak dan mengambil langkah awal dengan mendapatkan bantuan daripada pakar psikologi kanak-kanak.
“Nampak remeh, tapi dalam dunia psikologi kanak-kanak, bahasa badan boleh cerita lebih banyak daripada mulut. Harap ibu bapa budak ni alert dan hantar dia pergi terapi. Kesian kecil lagi dah kena hadap macam-macam,” tambahnya.
Ramai yang bersetuju dengan pandangan tersebut dan menyuarakan harapan agar Han tidak terus memendam emosi tanpa bimbingan yang betul.
Sumber : Facebook
By Tarziman — 23 May 2025, 02:37 PM



