Cik Epal Dakwa Dicederakan Dewi Ketika Ambil Barang, Dewi Tampil Cerita Sisi Sebenar
Pertelingkahan membabitkan pempengaruh media sosial, Cik Epal, dan isteri kepada bekas suaminya, Emira Delyati Dewi, menjadi tular selepas dakwaan kecederaan berlaku sewaktu Cik Epal datang mengambil barang-barang peribadi di rumah bekas suaminya, Jofliam.
Dalam satu hantaran di Instagram, Cik Epal atau nama sebenarnya Nur Munirah Mahmood mendakwa beliau dicakar hingga luka di bahagian mata ketika berada di rumah tersebut. Rumah itu merupakan kediaman lamanya bersama Jofliam ketika mereka masih bergelar suami isteri.
Beliau turut memuat naik video menunjukkan dirinya ingin mengambil barang peribadi sambil bertikam lidah dengan Dewi, yang kemudian dilihat segera menutup pintu, dengan Jofliam turut berada di tempat kejadian.
Bagaimanapun, Dewi tampil berkongsi kronologi sebenar di Instagramnya. Menurut Dewi, kehadiran Munirah dan keluarganya pada awalnya disambut dengan baik dan segala barang milik Munirah sudah dikumpulkan di satu tempat khas. Namun, Dewi mendakwa situasi berubah apabila Munirah dikatakan melanggar perjanjian dengan menaiki tingkat satu rumah tanpa kebenaran.
Baca Juga : Cik Epal Jerit Panggil Anak Depan Rumah Jofliam, Dakwa 3 Bulan Dihalang Berjumpa
Baca juga :Jofliam Mengaku Bakal Nikahi Dewi Dalam Masa Terdekat – ‘Cik Epal Mengamuk Bila Saya Tak Nak Rujuk’
Dewi mendakwa beliau cuba menghalang Cik Epal, namun berlaku kekerasan sehingga beliau sendiri mengalami luka dan calar di wajah. Menurutnya lagi, video yang dimuat naik oleh Munirah hanya merakam situasi selepas kejadian berlaku.
Dewi menutup pintu bukan sahaja untuk mempertahankan auratnya yang terdedah, tetapi juga kerana pelanggaran perjanjian.
Dewi telah membuat laporan polis dan menyerahkan siasatan lanjut kepada pihak berkuasa.
Untuk rekod, Cik Epal dan Jofliam telah bercerai pada 9 Oktober lalu dan mempunyai dua orang cahaya mata hasil perkahwinan mereka, Han dan Yuki.
Sumber : instagram
By Tarziman — 28 Apr 2025, 03:39 PM