· · ·

Sajat Pertahan Anak Saudara, Dakwa Lisa Kurang Kasih Sayang

Sajat Luah Kecewa Anak Buah Ditengking Guru Hingga Menangis

Personaliti media sosial, Nur Sajat, tampil bersuara selepas mendakwa anak saudaranya, Lisa, menjadi mangsa tengkingan beberapa guru di sekolah. Dalam sesi siaran langsung di TikTok, Sajat menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap tindakan guru-guru terbabit yang menurutnya tidak berlaku adil terhadap Lisa.

“Anak buah saya kata, kalau budak-budak lain dia tak marah sampai macam tu, tapi kalau Lisa teruk kena marah,” ujar Sajat dengan nada kesal.

Lisa Kurang Kasih Sayang, Tidak Patut Dilayan Kasar

Sajat juga mendakwa Lisa merupakan seorang kanak-kanak yang membesar dalam keluarga tidak sempurna dan kurang mendapat kasih sayang daripada seorang bapa.

“Saya tahu anak buah saya macam mana, dia kurang kasih sayang. Keluarga dia tidak sempurna, tiada ayah hanya bergantung kepada ibu sahaja.”

Menurutnya, tindakan guru yang menengking Lisa di hadapan umum boleh menjejaskan emosi kanak-kanak seperti Lisa yang sedia ada dalam keadaan rapuh.

“Bila awak buat macam tu, apa yang dia rasa? Mestilah dia akan sedih.”

Baca Juga : Tipu Kalau Cakap Tak Rindu” – Nur Sajat Akui Mahu Pulang, Tapi Pilih Terus Tinggal di Luar Negara

Baca juga : “Dapat Komisen, Paling Kurang Pun” – Sajat Dedah Kerja sebagai showgirl di Australia! Gaji RM32K

Netizen Simpati, Tindakan Guru Dikecam

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen turut menyuarakan simpati terhadap Lisa dan mengecam tindakan guru-guru terbabit yang dianggap tidak berhemah dalam mendidik.

“Nak marah tak apa, gunalah cara yang betul. Ini marah depan orang tengking-tengking, aku sebagai mak ini sedih tengok.”

“Kesian dia, tak sanggup nak tengok video kalau budak kena marah sampai menangis ketakutan.”

“Tak sepatutnya marah macam itu, cakap la baik-baik, macam tu ke cara menegur?”

KPM Ambil Maklum, Siasatan Akan Dijalankan

Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak perempuan menangis teresak-esak selepas didengari ditengking oleh sekumpulan guru.

Susulan tularnya video tersebut, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dilaporkan telah mengambil maklum isu berkenaan dan berjanji akan menjalankan siasatan lanjut bagi memastikan tindakan sewajarnya diambil.

Sumber : Tiktok

By Tarziman — 27 May 2025,  02:41 PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos