Adik Ini Kumpul Duit 2 Bulan Nak Beli Kasut idaman, Tapi Akhirnya Dapat Free Dari Penjual Disebabkan Adab
Tidak semua orang mampu membeli barang idaman serta-merta, namun kesungguhan dan usaha seorang kanak-kanak lelaki berjaya menarik perhatian ramai. Dalam satu video yang tular di TikTok, budak tersebut dilihat ingin membeli sepasang kasut Nike Alphafly selepas menabung selama dua bulan.
Kasut tersebut dijual pada harga RM189 dan si kecil itu datang ke sebuah kedai untuk membelinya. Namun ketika membuat bayaran, jumlah duit yang dikumpulkan masih kurang RM10. Dengan penuh sopan, dia memohon sedikit diskaun daripada penjual.
Baca juga : “Dapat Komisen, Paling Kurang Pun” – Sajat Dedah Kerja sebagai showgirl di Australia! Gaji RM32K
Penjual yang tersentuh dengan permintaan itu mula bertanya beberapa soalan untuk mengetahui lebih lanjut. Setelah mengetahui bahawa budak tersebut tahu tentang kedai itu melalui TikTok dan memang sudah lama mengidamkan kasut tersebut, penjual itu akhirnya membuat keputusan untuk memberikannya secara percuma.
Lebih mengharukan, walaupun diberi kasut secara percuma, budak itu tetap berusaha mahu membayar harga yang sepatutnya. Video ini mendapat ribuan tontonan dan ramai netizen memuji sikap kanak-kanak yang beradab serta keprihatinan peniaga tersebut.
Sumber : Tiktok
@wvintage.bundle Bagus adik ni menabung duit sekolah untuk beli apa yang dia nak 👏🏻 😁 #kasutbundle #fypage #asic #kasutmurah #woltagemalaysia #kasutbola #kasutviral #foryourepage #foryou #wvintagebundle #kasut
♬ original sound - W VINTAGE BUNDLE OFFICIAL - W VINTAGE BUNDLE OFFICIAL
By Tarziman — 28 May 2025, 01:50 PM



