Juara Chess Dunia Magnus Carlsen ‘Koyak’ Lepas Kalah Dengan Pemain India 19 Tahun
Magnus Carlsen Kalah Mengejut Kepada Pemain India 19 Tahun
Pusingan keenam kejohanan Norway Chess 2025 menyaksikan detik penuh emosi apabila Magnus Carlsen, pemain catur nombor satu dunia, tewas mengejut kepada bintang muda India, D Gukesh.
Pertembungan Dinanti Ramai Bertukar Jadi Kekalahan Mengejut
Pertemuan antara dua jaguh catur ini menjadi tumpuan ramai selepas Carlsen sebelum ini menewaskan Gukesh dalam pusingan pertama. Namun, dalam pertemuan semula kali ini, Gukesh yang baru berusia 19 tahun berjaya membalas dendam dengan penuh bergaya.
Carlsen Hentak Meja, Tapi Tetap Profesional
Kekalahan itu jelas sukar diterima oleh Carlsen. Dalam satu video yang kini tular di media sosial, kelihatan Carlsen menghentak meja dengan kuat hingga beberapa buah catur jatuh. Bagaimanapun, sebagai seorang profesional, beliau tetap berjabat tangan dengan Gukesh dan memberi tepukan mesra di bahu lawannya yang kelihatan terkejut.
Baca Juga : Syamimia Menangis, Masih Dikecam – ‘Adakah Saya Berjudi Atau Minum Arak?
Baca juga : Arab Saudi Benarkan Alkohol Di 600 Lokasi Pelancongan
Gukesh Tak Sangka Menang, Fahami Emosi Lawan
Gukesh sendiri mengakui kemenangan itu datang tanpa diduga. Dalam temu bual bersama Chess.com, beliau berkata, “Saya rasa ini bukan cara yang saya mahukan untuk menang… tapi saya tetap terima.”
Beliau juga memahami tindakan emosi Carlsen, dengan berseloroh, “Saya pun pernah hentak meja banyak kali juga dalam kerjaya saya.”
Kemenangan Bersejarah Untuk Gukesh
Kemenangan ini bukan sahaja menjadi kemenangan klasik pertama Gukesh ke atas Carlsen, malah menjadikannya pemain India kedua selepas Rameshbabu Praggnanandhaa yang berjaya menewaskan legenda catur dunia itu.
Lebih manis, kemenangan ini melonjakkan Gukesh ke tempat ketiga dalam carta kejohanan dengan 8.5 mata, hanya satu mata di belakang Carlsen dan Fabiano Caruana dari Amerika Syarikat.
Sumber : Twitter
https://x.com/i/status/1929255876214308909
By Tarziman — 3 Jun 2025, 11: 25AM