· · ·

Arab Saudi Benarkan Alkohol Di 600 Lokasi Pelancongan

Arab Saudi Umum Penjualan Alkohol Terkawal Bermula 2026

Buat pertama kali dalam sejarah moden, Arab Saudi mengumumkan akan membenarkan penjualan alkohol secara terkawal di 600 kawasan pelancongan elit menjelang tahun 2026. Pengumuman ini dilaporkan oleh The Sun dan dilihat sebagai satu perubahan drastik dalam dasar konservatif negara itu.

Langkah ini adalah sebahagian daripada pelaksanaan Visi 2030, inisiatif nasional yang dipelopori oleh Putera Mahkota Mohammed Bin Salman, bertujuan merangsang sektor pelancongan, menarik pelabur antarabangsa dan memperlihatkan wajah baharu Arab Saudi yang lebih moden namun tetap berakar dalam nilai Islam.

Hanya Untuk Kawasan Tertentu, Kawalan Ketat Diperkenalkan

Walaupun alkohol kini dibenarkan, ia bukanlah satu lesen terbuka untuk pesta bebas. Penjualan hanya dibenarkan di tempat-tempat terpilih seperti:

  • Hotel lima bintang

  • Resort eksklusif

  • Zon khas ekspatriat

Jenis alkohol yang dibenarkan juga terbatas — hanya minuman ringan seperti wain, bir dan cider. Arak berat seperti vodka, whisky atau rum masih kekal diharamkan.

Baca Juga : Pak Arab Bingung Siapa Siti Nurhaliza, Netizen Pula Buat Hal Dengan Jawapan ‘Merapu’

Baca juga : Pak Arab Promosi Kedai Guna Bahasa Melayu, Mention Pmx dan Tun Mahathir sekali

Tempat Awam, Rumah & Fan Zones Tetap Dilarang

Peraturan baharu ini tidak merangkumi tempat awam, rumah persendirian, kedai runcit mahupun kawasan sokongan peminat sukan (fan zones) — termasuk ketika Piala Dunia FIFA 2034 yang bakal dianjurkan oleh Arab Saudi.

Dengan kata lain, sesiapa yang menyangka negara itu akan berubah menjadi ‘Ibiza’ Asia Tengah perlu lupakan angan-angan tersebut.

Perubahan Besar Dalam Sejarah Penguatkuasaan Undang-Undang

Selama ini, Arab Saudi dikenali sebagai antara negara paling tegas terhadap alkohol. Sebarang cubaan menyeludup atau meminumnya boleh dikenakan hukuman berat seperti:

  • Penjara

  • Denda besar

  • Deportasi

  • Dan sebelum ini: hukuman sebatan di khalayak ramai

Oleh itu, keputusan untuk ‘menghalalkan’ alkohol secara terhad ini dianggap sebagai satu langkah radikal dalam usaha meremajakan ekonomi serta menjenamakan semula Arab Saudi di mata dunia.

Sumber : The Sun 

By Tarziman — 27 May 2025,  02:34 PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos