· · ·

Seleweng Dana Sukuk 1.30 Billion SPRM Sita Kediaman Mewah, Kuda dan Stor Arak Milik Tan Sri

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyita enam kediaman mewah dan sebidang tanah lot yang dianggarkan bernilai RM12 juta, dipercayai milik seorang Tan Sri. Tindakan ini diambil susulan siasatan kes penyelewengan dana sukuk bagi pembinaan lebuh raya di Lembah Klang.

Serbuan di Kediaman Pemegang Konsesi

Difahamkan, pasukan Bahagian Siasatan SPRM telah menyerbu enam kediaman yang terletak di ibu negara, dipercayai milik pemegang konsesi tersebut. Dalam serbuan itu, SPRM turut menemui seekor kuda mewah bernilai ratusan ribu ringgit yang disyaki dibeli menggunakan wang sukuk.

“SPRM memanggil Tan Sri dan isterinya untuk dirakam percakapan hari ini namun beliau tidak hadir atas alasan masalah kesihatan,” kata sumber.

Bagaimanapun, siasatan tetap diteruskan bagi mengesan aset-aset lain yang dipercayai dimiliki oleh Tan Sri dan isterinya di dalam serta luar negara.

Baca Juga : Syamimia Menangis, Masih Dikecam – ‘Adakah Saya Berjudi Atau Minum Arak?

Baca juga : Arab Saudi Benarkan Alkohol Di 600 Lokasi Pelancongan

Stor Arak Bernilai RM3 Juta Ditemui

Dalam operasi itu, SPRM juga menemui sebuah stor simpanan pelbagai jenis minuman beralkohol mewah yang dianggarkan bernilai kira-kira RM3 juta di salah sebuah kediaman. Stor tersebut dipercayai berkait rapat dengan aktiviti pengubahan wang haram.

Saksi dan Aset Bernilai Tinggi

SPRM turut menjangka akan memanggil antara 30 hingga 50 orang saksi untuk membantu siasatan kes berkenaan.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa SPRM telah menyita pelbagai aset termasuk beg tangan, barang kemas, kenderaan mewah, jam tangan, wang tunai dan kediaman mewah, dengan nilai keseluruhan dianggarkan kira-kira RM32 juta.

Sumber : Twitter

https://x.com/i/status/1929400322188886024

By Tarziman — 3 Jun 2025,  11: 24AM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos