Peserta Indonesia Menang RM200,000 Dalam Pertandingan Pancing Di Malaysia
Peserta Dari Indonesia Curi Tumpuan Dengan Hadiah RM200,000
Rezeki tidak pernah salah alamat — itulah yang terjadi kepada seorang peserta wanita dari Indonesia yang berjaya memenangi RM200,000 dalam satu pertandingan memancing di Malaysia. Detik manis itu dirakam oleh pengusaha kolam pancing dan kini tular di media sosial.
Senyum Lebar Terima Hadiah Tunai
Dalam video yang dikongsikan, peserta berkenaan kelihatan tersenyum puas sambil menerima wang tunai bernilai lebih 769 juta rupiah dalam bentuk ringgit. Dia ditemani beberapa rakan sewarganegara yang turut menyaksikan detik kemenangannya.
Kelihatan mereka memasukkan wang tersebut ke dalam beg galas untuk memudahkan urusan membawa pulang hadiah itu ke tempat asal.
Baca juga : Tangkap & Lepas Di Kolam Timbang? Keluarga Ini Ditegur Netizen Kerana Tak Faham Peraturan Kolam Pancing
Baca juga : “Remaja 16 Tahun Jadi Jutawan Muda, Menang RM200,000 Dalam Pertandingan Memancing”
Bayaran RM140 Sahaja Untuk Sertai
Menurut penganjur, acara ini terbuka kepada semua tanpa mengira kewarganegaraan. Mana-mana individu boleh menyertai pertandingan ini dengan bayaran hanya RM140 untuk sebatang joran, termasuk kos pendaftaran.
Langkah keterbukaan ini dipuji ramai kerana memberi peluang sama rata kepada sesiapa sahaja yang berminat, tidak kira dari dalam atau luar negara.
Reaksi Netizen Malaysia dan Indonesia Berbeza
Menjengah ke ruangan komen, ramai warga tempatan meluahkan rasa tidak puas hati, terutamanya apabila peserta yang menang bukan warganegara Malaysia. Ada juga yang menyuarakan kebimbangan tentang status sah peserta tersebut.
Namun begitu, ramai juga yang mengucapkan tahniah dan memuji sikap keterbukaan penganjur. Netizen dari Indonesia turut menyambut baik keputusan tersebut, menyifatkan pertandingan ini sebagai simbol keterbukaan dan kerjasama serantau.
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.
Sumber : Tiktok
@ ♬ -
B Tarziman — 20 Jun 2025, 2: 14PM



