· · ·

Amira Othman Akui Fattah Amin Antara Kawan Lelaki Yang Rapat


Amira Terima Bunga & Lawatan Dari Fattah Ketika Dirawat Di Hospital

Penyanyi dan bekas peserta Akademi Fantasia 2013, Amira Othman meluahkan rasa terharu dengan sikap prihatin Fattah Amin yang menziarahinya ketika beliau dirawat di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur baru-baru ini. Amira dimasukkan ke hospital selama lima hari akibat keracunan makanan dan mengalami dehidrasi sehingga bacaan darahnya menurun.

“Bunga itu memang daripada Fattah, tapi tiada apa-apa yang boleh dikatakan. Malah, mak Fattah pun datang melawat saya. Terima kasih saya ucapkan,” jelas Amira.

Tiada Tarikh Istimewa, Hanya Fokus Pada Showcase

Ketika ditemui di sidang media pelancaran lagu baharu ‘Dalam Sujudku’, Amira menafikan dakwaan yang mengatakan dia bakal bernikah dengan Fattah pada tahun ini. Beliau turut menegaskan bahawa tiada sebarang tarikh istimewa yang ingin diumumkan selain daripada tarikh showcase miliknya.

“Kalau ada tarikh penting, insya-Allah saya akan kongsikan. Setakat ini hanya showcase sahaja. Kalau ada cerita menarik, saya akan maklumkan,” katanya.


Baca juga :  Fattah Amin Akhirnya Buka Mulut, Akui Keluarga Restu Hubungan Dengan Amira Othman

Baca juga : Amira Othman & Ibu Fattah Amin Hadir Majlis Ilmu Bersama – Netizen Usik ‘Bakal Mak Mentua!

Hubungan Dengan Fattah Hanya Rakan Seindustri

Disoal mengenai sejauh mana hubungannya dengan pelakon berkenaan, Amira menjelaskan bahawa mereka hanya rakan seperjuangan dalam industri hiburan. Tambahnya, mereka telah menjalinkan pelbagai kerjasama sebelum ini dan bakal menandatangani lagi kontrak bersama.

“Jawapan saya tetap sama. Kami hanya rakan seperjuangan. Tiada apa-apa yang menarik untuk dikongsikan, tapi saya hargai doa semua peminat.”

“Fattah Antara Kawan Lelaki Yang Rapat”

Amira turut menyatakan bahawa walaupun beliau tidak ramai rakan lelaki dalam industri, namun Fattah Amin adalah antara yang rapat dengannya. Walau begitu, beliau mengambil pendekatan profesional dan tetap tenang dengan usikan para peminat.

“Saya okey saja dengan usikan peminat sebab kami banyak bekerjasama. Tapi, saya memang ada kawan lelaki lain, cuma tak ramai. Fattah antara yang rapat.”

Sebelum ini, Fattah turut memuat naik gambar Amira sedang duduk di atas katil hospital sambil memegang jambangan bunga di Instagram miliknya, lengkap dengan kapsyen: “Get well soon teman sekerja.”


PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


Sumber : Oh bulan

B Tarziman — 25 Jun 2025,  11: 46AM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos