· · ·

Wanita Diisytihar Muflis Lepas Nama Diguna Bekas Majikan Untuk ‘Loan’ RM250,000

Mimpi Ngeri Bermula Dengan Sepucuk Surat Saman

Seorang wanita Malaysia berkongsi pengalaman mengejutkan apabila menerima writ saman bank atas nama pinjaman RM250,000 yang tidak pernah dimohonnya. Surat itu mengubah hidupnya sekelip mata, membawa kepada status bankrap dan tekanan mental yang mendalam.

Identiti Digunakan Tanpa Izin Oleh Bekas Majikan

Melalui video TikTok yang tular, wanita itu mendedahkan bahawa pengkhianatan itu dilakukan oleh bekas majikannya sendiri, ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketika itu, dia masih bekerja di syarikat tersebut dan langsung tidak mengetahui bahawa namanya digunakan untuk pendaftaran syarikat di SSM.

Lebih teruk, majikan tersebut kemudiannya menarik diri dari syarikat itu secara atas kertas, dan meninggalkan wanita itu sebagai pemilik tunggal syarikat yang memohon pinjaman perniagaan.

Semuanya Dijalankan Secara Dalam Talian Ketika PKP

Semasa PKP, kebanyakan urusan dilakukan secara dalam talian — termasuk urusan dokumen. Wanita ini mendakwa bekas majikan menguruskan semua dokumen digital dan menyalahgunakan maklumat peribadinya tanpa pengetahuan atau kebenaran.

“Saya tak tahu langsung pasal pinjaman tu… sampai satu hari saya dapat writ saman kat rumah sebab tak bayar balik,” ujarnya dalam video tular.


Baca juga : Puas Cari Kerja, Pemuda Buat Video Kreatif Tarik Perhatian Majikan!

Baca juga : Hafiz Mahamad & Syafiqah Aina Belanja Hampir RM10K Untuk Staf, Netizen Sindir Majikan Kedekut

Berdepan Lelaki Itu, Tapi Dia Cuba Melarikan Diri

Tidak berdiam diri, wanita ini bersama keluarganya pergi bersemuka dengan lelaki terbabit. Dalam video lain, mereka dilihat menghampiri lelaki itu — namun menurut wanita tersebut, lelaki itu cuba melarikan diri dan mengelak dari bertanggungjawab.

Sehingga kini, individu tersebut masih belum dapat dikesan, walaupun perniagaannya didakwa masih berjalan seperti biasa.

Diisytihar Bankrap, Akaun Dibekukan, Hidup Terhenti

Akibat penipuan ini, wanita berkenaan telah menerima notis muflis, dan kini tidak boleh mengakses akaun banknya. Dia tidak lagi boleh mengeluarkan wang walaupun untuk perbelanjaan asas dan nafkah anak-anaknya.

Lebih menyedihkan, dia turut berkongsi mengalami tekanan mental yang serius, sehingga perlu mendapatkan rawatan psikiatri, seperti dikongsi dalam satu hantaran di Facebook.

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


Sumber : Tiktok

@faaaaarrrl

Selagi kau tak tunjukkan diri kau selagi tu aku takkan putus2 viralkan kau..kau masih boleh bukak kedai..meniaga macam tak ada masalah..yelah bukan kau yang nak kena tangung beban ni..seumur hidup aku nak kena tangung HUTANG yang aku tak buat..musnah impian aku untuk anak aku..aku bergantung hidup dengan family aku..sepatutnya aku yang tangung keluarga aku..balas jasa parents aku..tapi disebabkan kau ..family aku nak kena bersusah payah..Demi Allah..setiap sujud aku pada Allah aku doakan kau dapat balasan yang setimpal dgn apa yg aku lalui..Allah maha Adil..setiap kali aku berdoa hujan turun lebat..betapa mustajabnya doa org teraniaya..doa saat hujan tak ada hijabnya.. #majikanscammer #manusiakejam #viral #fypシ #ZacMajikanScammer #mddfighter #spedazone #anxietydisorder

♬ original sound - Faaaa - Faaaa

Tarziman — 03/07/2025,  02: 08PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos