· · ·

Jojo Akhirnya Mohon Maaf, Tapi Minta Netizen Jangan ‘Lurus Bendul’

Jojo Diserang Isu Sindiran Lelaki Tak Kacak

Jaguh Muay Thai remaja negara, Johan Ghazali atau lebih dikenali sebagai Jojo, kini berdepan kecaman netizen selepas satu kenyataan tular yang menyamakan lelaki berwajah kurang menarik sebagai “muka macam katak”.

Dalam satu video TikTok, Jojo tampil memohon maaf kepada mana-mana pihak yang terasa, namun tetap mempertahankan kenyataannya sebagai bentuk sindiran terhadap individu tertentu.

Kata Jojo, Kenyataan Itu Hanya Untuk Individu Tertentu

Menurut Jojo, kenyataan itu tidak ditujukan kepada semua lelaki. Sebaliknya, ia adalah respons kepada individu yang mendakwa beliau berjaya dalam sukan Muay Thai hanya kerana rupa paras.

“Kalau kita usaha dari kecil, berlatih hari-hari, tapi orang cakap kita berjaya sebab muka je — tak sakit hati ke?” katanya.

Jojo juga menegaskan, beliau tidak pernah menyebut bahawa semua lelaki yang tidak kacak layak digelar katak, sebaliknya merujuk kepada mereka yang mempertikai pencapaiannya.

Netizen Tetap Tidak Puas Hati, Anggap Imej Sebagai Atlet Tercemar

Walaupun Jojo sudah menjelaskan dan memohon maaf, ramai netizen tetap tidak berpuas hati.

Sebahagian menganggap kenyataan tersebut sebagai keterlaluan, apatah lagi datang daripada seorang atlet muda yang kini menjadi perhatian umum.

Ada juga yang menyifatkan kenyataan sebegitu memberi imej buruk kepada sukan Muay Thai dan memberi contoh yang tidak baik kepada remaja.


Baca juga : Jojo Ghazali Koyak, Luah Rasa Malu Dengan Pemikiran Rakyat Sendiri

Baca juga : Johan Ghazali Hadiahkan Rolex, Ibu Terharu Sampai Menangis – ‘Mama Ingat Nak Rakam Video Minyak Wangi!

Jojo Sentuh Tentang Persepsi Masyarakat dan IQ

Dalam penjelasan lanjut, Jojo menyentuh tentang kecerdasan intelek (IQ) dan bagaimana individu yang bijak tidak akan cepat melatah.

Katanya, orang yang memahami erti kejayaan pasti akan menjadikan kisahnya sebagai inspirasi, bukan menjatuhkan dengan alasan fizikal.

“Orang yang ada IQ tinggi takkan marah. Mereka akan kata nak jadikan aku inspirasi. Semua ada perspektif masing-masing,” ujarnya lagi.

Video Tular: Jojo Guna Bahasa Kasar, Netizen Lagi Berang

Sebelum ini, Jojo pernah mengeluarkan kenyataan:

“Orang selalu cakap saya famous sebab saya handsome… babi, bukan salah aku muka kau tak handsome. Bukan salah aku muka kau macam katak.”

Kenyataan itu dilihat kurang sesuai dan menjengkelkan bagi sebahagian besar netizen, menyebabkan isu ini terus hangat dibahaskan.

Permohonan Maaf Jojo: Terima Kasih, Tapi Tolong Block Saya Kalau Tak Suka

Akhirnya, Jojo meminta maaf secara terbuka dan menyerahkan kepada masyarakat untuk menilai. Katanya, kalau ada yang masih tidak suka, mereka boleh sekadar “block” dirinya sahaja.

“Saya minta maaf sebab salah faham. Tapi kalau tak suka, tolong block. Saya bukan cakap semua orang muka macam katak,” katanya.

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


Sumber : Tiktok

@johanghazali7

Jojo minta maaf kepada semua katak. Muahahahahaha

♬ original sound - JohanGhazali1 - JohanGhazali1

Tarziman — 08/07/2025,  02: 25PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos