Jojo Ghazali Koyak, Luah Rasa Malu Dengan Pemikiran Rakyat Sendiri
Jojo Ghazali Kecewa Dengan Sikap Segelintir Rakyat Malaysia
Jaguh Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali atau Jojo Ghazali, mengaku dirinya ‘koyak’ apabila melihat sikap segelintir rakyat Malaysia yang hanya menyokong ketika dirinya menang, tetapi mula mengecam ketika dia kalah dalam perjuangannya mengharumkan nama negara.

Kecaman Selepas Kekalahan
Menerusi perkongsian di Instagram, Jojo yang kini berusia 19 tahun berkata sikap negatif itu membuatkan Malaysia sukar untuk maju ke hadapan.
“Kepada pembenci saya yang dari Malaysia, sebab kamu semualah negara kita tidak boleh sampai ke tahap seterusnya. Kamu semua jangan harap la nak buat saya koyak dengan komen-komen bahalol. Saya malu dengan pemikiran sampah orang saya sendiri,” katanya.
Berjuang Dari Usia 18 Tahun

Jojo menegaskan bahawa seawal umur 18 tahun, dia telah mempertaruhkan nyawa demi menaikkan nama Malaysia di persada dunia. Namun, sokongan rakyat berubah mengikut keputusan di gelanggang.
“Datuk saya mempertaruhkan nyawanya sendiri demi negara ini. Bapa saya berkhidmat untuk negara dan adik-beradik semua wakil Malaysia di peringkat tertinggi, tapi untuk apa? Masa saya berada di atas (menang) bukan main. Tetapi bila jatuh, keluar perangai sebenar
Baca juga : Malaysia Bantu Indonesia Bangunkan Kota Nusantara – ‘Terima Kasih Pak!’
Fokus Pada Penyokong Sahaja
Kecewa dengan sikap tersebut, Jojo berkata dia akan lebih menumpukan perhatian kepada mereka yang betul-betul menyokongnya sahaja.
“Bermula dari sekarang saya hanya mementingkan diri saya sendiri dan orang yang betul-betul sokong saya,” tegasnya.
Komen Negatif Takkan Buat Jojo Lagi Koyak
Walaupun menerima pelbagai komen negatif, Jojo menegaskan ia tidak akan membuatnya koyak lagi.
“Kamu semua cakaplah apa yang nak dicakap. Saya berlagak ke, kejar glamour ke. Tapi jangan lupa, disebabkan saya usaha mengejar glamour, yang tidak glamour pun boleh jadi glamour. Ubah lah pemikiran bangang ni. Malaysia boleh tapi rakyat dengki. Kamu semua fikir saya akan koyak ke dengan apa yang kamu semua cakap? Pemikiran kita berbeza, sebab tu saya yang berlawan dan kamu hanya sekadar penonton,” ujarnya.
Tewas Kepada Diego Paez
Untuk rekod, Jojo Ghazali sebelum ini tewas kepada petarung Colombia-Amerika, Diego Paez dalam pertarungan sengit di ONE Fight Night 32 di Stadium Lumpinee, Bangkok, Thailand pada Sabtu lalu.
Disclaimer
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.
Sumber :
By Tarziman — 9 Jun 2025, 02: 41pm