Dafi Enggan Ulas Isu Bapa Disiasat SPRM – “Di Rumah, Kami Tak Banyak Cakap Soal Kerja”
Dafi Pilih Untuk Tidak Campur Urusan Kerja Bapa
Pelakon dan penyanyi Dafi Ismail akhirnya bersuara selepas nama bapanya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dikaitkan dalam siasatan SPRM berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram. Walaupun terpalit secara tidak langsung, Dafi memilih untuk tidak mengulas lanjut isu panas ini.
Katanya, perkara tersebut lebih baik dijawab sendiri oleh bapanya kerana ia melibatkan urusan kerja.
“Kenapa saya harus terkesan pula? Pada saya, hal ini melibatkan urusan kerja bapa saya. Sebagai anak, saya tahu apa yang berlaku tapi bukan tempat saya untuk bercakap,” jelasnya.
Tambah Dafi, di rumah pun mereka jarang bercerita soal kerja.
“Saya pun tak nak campur urusan kerja ayah saya. Tapi sebagai anak, saya tetap akan terus menyokong ayah saya. Itu peranan saya.”
Baca juga : Azam Baki Tegaskan Tak Munasabah! Dakwaan SPRM Letak RM170 Juta Dalam ‘Safe House’, Siasatan Menyeluruh Akan Diteruskan
Baca juga : Wang Tunai RM170 Juta, 16kg Jongkong Emas Dijumpai – SPRM Bongkar Skandal Besar libatkan Bekas Perdana Menteri ke9 Ismail Sabri
Tiada Sekatan Untuk Bersuara, Tapi Pilih Untuk Tenang
Menurut Dafi lagi, bapanya tidak pernah menghalang dirinya untuk bercakap kepada media. Namun, dia lebih selesa membawa diri dengan cara yang tenang.
“Ayah tak pernah larang. Tapi bagaimana saya bercakap di khalayak ramai, itu semua hasil didikan ayah saya juga. Bila berlaku situasi macam ni, secara automatik saya tahu macam mana nak hadap.”
Kalis Kecaman – Sudah 18 Tahun Dalam Industri
Walaupun namanya turut dikaitkan secara tidak langsung, Dafi tenang berhadapan dengan segala komen dan spekulasi. Pengalaman 18 tahun dalam industri hiburan buat dia sudah lali dengan kecaman.
“Saya masuk industri ni sejak zaman realiti TV. Dulu lagi dah biasa kena kutuk. Ayat poyonya, saya kalis kutuk. Jadi komen negatif pun saya boleh jadikan positif.”
Dafi juga berkata, kalau komen itu langsung tak ada nilai, dia akan abaikan sahaja.
“Apa yang saya cakap pada diri sendiri lebih teruk daripada apa yang orang lain cakap.”
Harap Semua Selesai Dengan Tenang
Akhir sekali, Dafi berharap isu membabitkan bapanya dapat diselesaikan dengan baik dan keadaan kembali tenang seperti biasa.
“Saya harap semua ni selesai secara baik dan tenang. Sejujurnya, hal ini tak beri kesan pada saya. Saya dan ayah masing-masing ada kerja masing-masing.”
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.
Sumber: MediaHiburan
Tarziman — 11/07/2025, 03:23PM



