· · ·

Bella Astillah Dikecam Kerana Gaun Dedah Bahu Di Majlis Bersama Tun M

“Cuba Pakai Nampak Mahal Sikit” – Penampilan Bella Astillah Di Majlis Tun Mahathir Undang Kritikan

Nama penyanyi dan pelakon Bella Astillah kembali menjadi tumpuan warganet apabila tular sebuah video memperlihatkan dirinya menghadiri sebuah majlis bersama mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah hadir ke acara itu bersama Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Abdul Rahman. Dalam video berkenaan, Bella mengenakan gaun labuh berpotongan off-shoulder dan tampil dengan gaya rambut dilepaskan, sambil kelihatan berbual mesra dengan Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah.

Gaun Dedah Bahu Jadi Tumpuan

Penampilan Bella itu menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial. Ramai yang mempersoalkan pemilihannya untuk memakai gaun yang mendedahkan bahagian bahu dalam suasana majlis rasmi yang turut dihadiri oleh tokoh-tokoh negara.

Ada netizen yang mempersoalkan kesesuaian gaya berkenaan dalam acara rasmi, apatah lagi apabila ia melibatkan individu ternama seperti Tun Mahathir dan isteri.

“Cubalah pakai yang nampak mahal sikit. Dah tahu nak bergaul dengan orang tua, eloklah kalau pakaian tu lebih tertutup,” tulis seorang pengguna media sosial.

Baca juga : Ubai MZ Beli Helmet Arai Idaman, Kata Dekat Shila Hamzah RM1,500 Tapi Netizen Bongkar Harga Cecah RM15,000!

Baca juga : Wang Tunai RM170 Juta, 16kg Jongkong Emas Dijumpai – SPRM Bongkar Skandal Besar libatkan Bekas Perdana Menteri ke9  Ismail Sabri


Netizen Berbeza Pendapat

Meskipun ramai yang mengkritik, terdapat juga netizen yang mengambil pendekatan lebih lembut dengan mendoakan agar Bella berubah ke arah lebih baik pada masa akan datang.

“Moga satu hari nanti Bella terbuka hati untuk berubah ke arah lebih sopan dan menutup aurat. Kita doakan yang baik-baik.”

Bella Belum Beri Respon

Setakat ini, Bella masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan isu yang sedang hangat dibincangkan itu. Warganet kini menantikan sama ada selebriti berkenaan akan menjawab kritikan atau memilih untuk berdiam diri seperti kebiasaannya.

Penampilan selebriti dalam acara rasmi bukanlah kali pertama mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen. Namun, insiden ini mengundang perbincangan kerana melibatkan figura besar dalam sejarah negara.

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


 Sumber:Tiktok

@bellaastillahsyedsaddiq7

✨🤍 crdit @Bella Astillah #bellaastillah #syedsaddiq #foryoupageofficiall #sweetcoupleBASS #fypageシ #repostedvideo #artismalaysia #fypシ゚

♬ suara asli - bismannovic - bismannovic

Tarziman — 14/07/2025,  10:19AM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos