· · ·

“Mana Betina Punca Porak Peranda Ni, Senyap Je?” – Nabila Huda Bersuara

Nabila Huda Sindir ‘Individu Punca Porak Peranda’, Tuntut Tampil Bertanggungjawab

Pelakon berbakat besar, Nabila Huda sekali lagi mencuri perhatian apabila tampil dengan hantaran pedas di media sosial yang dipercayai ditujukan kepada individu yang menjadi punca kepada isu kontroversi hangat ketika ini.

Walaupun tidak menyebut mana-mana nama secara langsung, ramai netizen membuat spekulasi bahawa kenyataan tersebut ditujukan kepada seseorang yang kini sedang menjadi bualan ramai.

“Mana Betina Punca Porak Peranda Ni, Senyap Je?”

Dalam hantaran yang dimuat naik, Nabila dengan lantang menyeru individu yang dimaksudkan untuk tampil menjernihkan keadaan, bukan hanya membiarkan orang lain terus dihentam oleh masyarakat.

“Mana betina yang jadi punca porak peranda ni, senyap je? Dah puas ke dapat semua yang kau nak? Duit, harta, status, populariti, semua kau dah dapat… orang lain kena maki kau diam seribu bahasa,” tulisnya penuh sinis.

Nabila turut menyifatkan situasi kini sebagai ‘buku bertemu ruas’, apabila akhirnya ada pihak yang tampil bersuara terhadap ketidakadilan yang berlaku.


Baca juga : Ubai MZ Beli Helmet Arai Idaman, Kata Dekat Shila Hamzah RM1,500 Tapi Netizen Bongkar Harga Cecah RM15,000!

Baca juga : Wang Tunai RM170 Juta, 16kg Jongkong Emas Dijumpai – SPRM Bongkar Skandal Besar libatkan Bekas Perdana Menteri ke9  Ismail Sabri


Hormat Pada Suami Tidak Bermakna Harus Diam

Sebelum ini, Nabila turut pernah menyuarakan bahawa ramai individu memilih untuk berdiam diri atas dasar menghormati suami masing-masing, meskipun diri sendiri menjadi mangsa keadaan.

Namun kali ini, katanya, sudah tiba masa untuk bersuara dan menegakkan kebenaran.

“Saya Tahu Suami Dia Siapa”

Nabila juga memuji sikap suami individu tersebut yang dikenali sebagai seorang yang baik, merendah diri, dan penuh nilai murni. Menurutnya, dia sendiri pernah belajar banyak perkara daripada lelaki itu, termasuk nilai-nilai kehidupan yang mulia.

Dalam masa yang sama, Nabila tetap menegaskan bahawa hantaran tersebut hanyalah sebahagian daripada ‘monolog’ untuk projek lakonannya yang akan datang. Namun, ramai menganggap ia sekadar cara halus untuk menyampaikan maksud sebenar.

Netizen Berspekulasi, Nabila Kekal Teguh

Hantaran Nabila segera menjadi tular, dengan netizen meninggalkan pelbagai komen, ada yang bersetuju dengan kenyataannya dan ada juga yang cuba meneka siapa individu yang dimaksudkan.

Walaupun tidak memperincikan siapa yang dimaksudkan, semangat dan ketegasan Nabila nyata menyentuh hati ramai yang mengikuti perkembangan isu tersebut.

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


 Sumber: Instagram

Tarziman — 15/07/2025,  02:27PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos