· · ·

Malaysia Jadi Sasaran Mossad, Dedah PMX

PM Anwar: Malaysia Kini Jadi Tumpuan Perisik Mossad Kerana Pendirian Tegas Isu Palestin

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa Malaysia kini menjadi sasaran utama agensi risikan asing termasuk Mossad — dipercayai berpunca daripada sikap negara yang lantang menyuarakan pendirian terhadap isu-isu antarabangsa seperti konflik di Timur Tengah dan krisis Palestin.

Menurut laporan New Straits Times, Anwar berkata peningkatan aktiviti perisik asing ini dikesan hasil taklimat terkini oleh agensi risikan tempatan.

“Kami mengambil perkara ini dengan sangat serius. Ada bukti jelas bukan sahaja mengenai kehadiran Mossad, malah mereka turut menggunakan rakyat tempatan – termasuk sepasang suami isteri dari Selangor – sebagai ejen atau rakan kerjasama dalam operasi risikan tahun lalu,” katanya semasa sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (PMQT) di Parlimen hari ini.


Baca juga : Pempengaruh Eira Aziera Mohon Maaf, Redha Bayar RM100k Sebab ‘Body Shaming’ – ‘Saya Tak Sedih & Terkilan’

Baca juga : Tareq Fit Selar Bapa Abang Aji Isu ‘Warga Asing’ & Obesiti Anak – “Jangan Racist Kalau Tak Suka Teguran!”


Pendedahan tersebut mengundang kebimbangan terhadap keselamatan negara, sekali gus mendorong Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengambil langkah tambahan dalam memperkukuh keselamatan dan memantau sebarang ancaman yang timbul.

Dalam pada itu, memetik laporan Berita Harian, Anwar turut menyentuh mengenai sistem autogate yang perlu dipertingkatkan dari segi integrasi dengan badan antarabangsa seperti INTERPOL agar pengesanan terhadap individu berisiko dapat dilakukan dengan lebih cekap.

Kenyataan Anwar ini dilihat sebagai satu amaran serius terhadap cubaan asing yang cuba mengganggu kestabilan Malaysia dari dalam, apatah lagi ketika negara sedang memainkan peranan penting dalam membela hak rakyat Palestin di pentas dunia.

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


 Sumber : New Straits Times.

Tarziman — 22/07/2025,  3:50PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos