· · ·

Tareq Fit Selar Bapa Abang Aji Isu ‘Warga Asing’ & Obesiti Anak – “Jangan Racist Kalau Tak Suka Teguran!”

Dipanggil ‘Warga Asing’, Tareq Fit Bidas Balik Bapa Abang Aji

Jurulatih kecergasan terkenal, Tareq Fit, tampil menyuarakan rasa kesal selepas menerima gelaran “warga asing” daripada bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji, dalam satu video balas yang kini tular di TikTok.

Semua ini bermula apabila Tareq memuat naik video menegur isu kesihatan dan berat badan Abang Aji yang menurutnya membimbangkan untuk usia kanak-kanak.

“Aku Arab & Aku Bangga – Jangan Main Isu Bangsa”

Menjawab semula video balasan tersebut, Tareq secara terbuka menegaskan bahawa walaupun dia berasal dari Arab, itu bukan alasan untuk mana-mana pihak melemparkan kenyataan berbaur perkauman terhadapnya.

“Aku warga asing? Ya, aku Arab dan aku bangga. Tapi kenapa guna bangsa untuk balas orang lain? Kalau tak boleh terima teguran, terpulang. Tapi jangan racist.”

Katanya, dalam Islam sendiri tiada ajaran yang membenarkan membezakan manusia berdasarkan warna kulit atau asal-usul.

“Yang Allah pandang adalah iman, taqwa dan akhlak. Tak kisahlah kau Melayu, Arab atau Mat Salleh. Tak ada beza.”


Baca juga : Shuk Sahar nafi biar isteri gantung tak bertali, perkahwinan belum didaftarkan pun sebenarnya

Baca juga : Fara Salleh Dilepaskan Melalui Panggilan Telefon, Dakwa Shuk Buang Anak Sebelum Lahir


Tareq Gusar Abang Aji Jadi ‘Normalisasi’ Budaya Tidak Sihat

Selain isu perkauman, Tareq juga meluahkan rasa kurang senang terhadap kandungan video yang melibatkan Abang Aji. Menurutnya, walaupun kandungan itu didakwa hanya sekadar lakonan, ia berisiko memberi pengaruh buruk kepada kanak-kanak lain.

“Kau kata itu lakonan, tapi budak lain yang tengok mungkin akan ikut. Mereka nampak anak kau comel, famous… jadi mereka ikut dan normalisasikan benda tu.”

Tareq turut menyeru agar bapa Abang Aji lebih berhati-hati dalam menghasilkan kandungan agar tidak menyumbang kepada krisis kesihatan masyarakat.

“Kurangkan Susu Kalau Itu Puncanya”

Dalam nada yang lebih serius, Tareq turut menyuarakan kebimbangannya terhadap tahap kesihatan Abang Aji.

“Anak kau baru berapa tahun, tapi dah susah nak bermain, nak bernafas pun payah. Kalau betul susu punca badan dia macam tu, kurangkanlah.”

Tegasnya lagi, kanak-kanak pada usia itu patut bebas bermain dan menikmati zaman kecil mereka tanpa terhalang oleh isu fizikal yang boleh dielakkan melalui penjagaan makanan.

Bapa Abang Aji Pertahan Diri: “Kami Jaga Makan”

Sebelum ini, bapa kepada Abang Aji, Mohd Redzuan Zainol, tampil menjelaskan bahawa semua kandungan yang dihasilkan hanyalah untuk hiburan semata-mata. Dia juga mendakwa sentiasa memantau pemakanan anaknya.

Namun begitu, isu ini telah mencetuskan perdebatan hangat di media sosial, dengan ramai netizen terbahagi pendapat—ada yang menyokong ketegasan Tareq, dan ada pula yang mempertahankan hak individu untuk menghasilkan kandungan tanpa gangguan luar.

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


 Sumber: Tiktok

@tareqfit

video pada kau Habibi Ayah budak comel( abg aji ❤️) #fypmalaysia🇲🇾tiktokviralmalaysia #fypmalaysia🇲🇾tiktokviral #fypmalaysia🇲🇾tiktok❤️

♬ original sound - TAREQ FIT - TAREQ FIT

Tarziman — 10/07/2025,  02:50PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos