Saintis Harvard Dakwa Kapal Angkasa Makhluk Asing Menuju Ke Bumi Disember Ini
Saintis Harvard Dakwa Kapal Makhluk Asing Sedang Menuju Ke Bumi
Nama Profesor Avi Loeb sekali lagi jadi bualan dunia sains angkasa lepas. Saintis terkenal dari Harvard ini mendakwa bahawa satu objek misteri, dinamakan 3I/ATLAS, yang kini bergerak ke arah Bumi mungkin bukan sekadar komet — tapi sebuah kapal angkasa makhluk asing.
Lebih membimbangkan, menurut beliau, objek ini dijangka akan melintasi rapat Bumi Disember ini. Dan ya, dia tak tolak kemungkinan ia datang dengan niat tak baik.
Laluan Tak Masuk Akal – Peluang Kurang Dari 0.005%

Objek 3I/ATLAS sebelum ini disangka komet biasa. Tapi selepas diteliti oleh Loeb dan pasukannya, mereka dapati ia bergerak dalam laluan yang sangat pelik — hampir mustahil berlaku secara semula jadi.
Objek itu akan melintasi tiga planet besar: Zuhrah, Marikh, dan Musytari. Berdasarkan kiraan, kebarangkalian objek rawak dari angkasa boleh ikut laluan ini hanya 0.005%. Terlalu kecil untuk dianggap ‘kebetulan’.
Baca juga :Peneroka Haram Hutan Simpan Ulu Langat Dapat Tanah 1 Ekar Seorang
Baca juga :Cikgu Shaari Tegas: Duit & Cincin Itu Hanya Untuk Nabila, Bukan Untuk Dikongsi
Mungkin Dihantar Oleh Tamadun Asing
Loeb, yang memang terkenal dengan minat terhadap UFO dan kecerdasan makhluk asing, percaya bahawa 3I/ATLAS mungkin sebuah prob makhluk asing. Maksudnya, ia boleh jadi alat peneroka yang dihantar oleh satu bentuk kehidupan cerdas dari luar sistem suria kita.
Lebih mengejutkan, Loeb kata kapal angkasa ni mungkin datang dengan dua kemungkinan besar — sama ada ia datang dalam keadaan aman, atau… niatnya bermusuhan.
Kalau Betul, Dunia Perlu Bersedia

Dalam kajian terbarunya, Loeb dan pasukan menyatakan bahawa jika hipotesis ini benar, kesannya kepada manusia boleh jadi sangat buruk. Bahkan mungkin perlukan tindakan pertahanan global, walaupun tindakan itu mungkin langsung tak berkesan.
Mereka juga kaitkan idea ini dengan “Dark Forest Hypothesis” — teori sains yang beranggapan tamadun luar angkasa lebih suka hapuskan ancaman daripada berkenalan. Ringkasnya, kalau makhluk asing tu anggap kita ancaman… kita mungkin “ditembak dahulu sebelum sempat bercakap”.
Bukti Lain: Saiz Besar & Tiada Tanda Komet

Objek 3I/ATLAS bukan saja pelik dari segi laluan, tapi ukurannya sangat besar — dianggarkan sepanjang 7 hingga 12 batu. Objek sebesar ini antara bintang sangat jarang ditemui.
Selain itu, ia tiada coma, iaitu lapisan gas dan habuk yang biasa menyelubungi komet. Ini menjadikan kemungkinan ia bukan komet sebenar semakin tinggi, malah membuka ruang besar kepada teori bahawa ia mungkin objek buatan (artificial).
“Kalau kita nilai tanpa bias, bukti yang ada cukup kuat untuk pertimbangkan bahawa objek ni mungkin ciptaan teknologi,” kata Loeb.


