PATI Semakin Ramai Di Sabah, Imigresen Dah Tak Larat Tanggung
PATI Semakin Ramai Di Sabah, Imigresen Dah Tak Larat Tanggung
Jabatan Imigresen Sabah kini minta tolong serius daripada Konsulat Indonesia dan Filipina. Kenapa? Sebab terlalu ramai pendatang asing tanpa izin (PATI) yang masih duduk dalam depot imigresen, tunggu nak dihantar balik — tapi dokumen tak siap-siap!
Datuk Sharifah Sitti Saleha, Pengarah JIM Sabah, kata lebih 900 tahanan warga Indonesia masih tersekat di Depot Imigresen Tawau sebab belum dapat SPLP (Surat Perjalanan Laksana Pasport) dari Konsulat Indonesia. Dah boleh balik sebenarnya, tapi sangkut sebab dokumen belum keluar.
“Kami dah sedia nak pindahkan, tapi tak boleh nak buat apa selagi SPLP tak ada,” katanya.
Imigresen Minta Konsulat Cepatkan Urusan
Menurut laporan Harian Metro, Imigresen Sabah harap sangat pihak konsulat boleh cepatkan proses dokumen perjalanan. Tak kiralah dari Indonesia ke, Filipina ke — asalnya bagi kerjasama untuk kurangkan kesesakan dalam depot.
Untuk info, baru-baru ni 108 tahanan warga Indonesia berjaya dihantar pulang dari Tawau — 82 lelaki, 26 wanita. Tu pun lepas dah lengkap dokumen dari Konsulat Indonesia.
Baca juga : Pempengaruh Malaysia Yang Hilang Dan Kereta dijumpai dalam sungai, Kini Tular Bernikah Di Thailand
Baca juga :Bapa Abang Aji Mohon Maaf Guna Istilah ‘Warga Asing’
Kes Tangguh Sebab Konsulat Lewat Lulus Dokumen
Sharifah juga cakap, jumlah tahanan memang makin padat kat semua depot di Sabah – termasuk Papar, Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau. Ramai dah boleh keluar balik ke negara asal, tapi masih kena tahan sebab dokumen perjalanan macam SPLP dan TD (untuk warga Filipina) tak dikeluarkan.
Sejak awal tahun sampai Julai 2025, seramai 6,454 PATI dah dihantar pulang, majoritinya dari Filipina (4,989 orang), diikuti Indonesia (1,283 orang) dan lain-lain negara.
11 Warga Pakistan Pula Kena Cekup Di Semporna
Dalam operasi berasingan kat Semporna, Imigresen tahan 11 warga Pakistan sebab melanggar syarat imigresen. Ada yang mengaku kahwin dengan rakyat Malaysia, tapi dokumen pun tak berapa sah.
Seorang siap tunjuk Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) tapi polis pun rasa macam meragukan. Sekarang semua ditahan 14 hari untuk siasatan lanjut.



