Bapa Abang Aji Mohon Maaf Guna Istilah ‘Warga Asing’
Bapa Abang Aji Mohon Maaf Secara Terbuka Isu ‘Warga Asing’: “Saya Tak Tahu Dia Dari Mana”
Selepas menjadi perhatian susulan kenyataan berbaur perkauman, bapa kepada pempengaruh cilik Abang Aji akhirnya tampil memohon maaf secara terbuka kepada individu yang menegur kesihatan anaknya.
Tidak Berniat Hina, Hanya Tidak Kenal
Mohd Redzuan Zainol menjelaskan bahawa beliau sebenarnya tidak mengetahui nama atau latar belakang individu yang dimaksudkan, justeru memilih untuk menggunakan istilah “warga asing”.
“Saya tak kenal individu yang nasihatkan Abang Aji. Saya tak tahu dia dari mana. Sebab tu saya sebut ‘warga asing’.”
Ujarnya lagi, beliau langsung tidak menyangka perkataan itu boleh dianggap menghina atau menyinggung mana-mana pihak.
“Saya minta maaf atas kekhilafan saya. Saya tak tahu pun istilah tu boleh jadi salah. Lagipun, saya ada ramai kawan ‘warga asing’. Dulu pun pekerja saya ada lima enam orang dari luar negara.”
Harap Isu Tak Dipanjangkan
Mohd Redzuan turut menyatakan kesediaannya untuk menerima teguran daripada sesiapa sahaja, termasuk dari luar negara. Katanya, beliau sudah menyedari kesalahan tersebut dan berharap isu ini tidak diperbesarkan lagi.
“Saya terima semua nasihat termasuk dari negara jiran. Saya rasa berdosa bila tahu ada hati yang terguris. Saya harap isu ini tidak berlarutan. Saya dah pun mohon maaf dengan rendah diri.”
Baca juga : Shuk Sahar nafi biar isteri gantung tak bertali, perkahwinan belum didaftarkan pun sebenarnya
Baca juga : Fara Salleh Dilepaskan Melalui Panggilan Telefon, Dakwa Shuk Buang Anak Sebelum Lahir
Isu Bermula Dari Teguran Berat Badan Abang Aji
Terdahulu, jurulatih kecergasan Tareq Fit menerusi sebuah video telah menyuarakan kebimbangan terhadap tahap kesihatan Abang Aji, yang kelihatan mempunyai berat badan berlebihan meskipun masih di usia kanak-kanak.
Mohd Redzuan kemudian membalas teguran tersebut dengan menyifatkan kandungan video mereka sekadar lakonan dan konten hiburan, sambil menegaskan dia sentiasa memantau pemakanan anaknya.
Namun kenyataannya yang merujuk Tareq sebagai “warga asing” mencetuskan reaksi negatif netizen, sekaligus memaksa beliau tampil memohon maaf dan menjernihkan keadaan.
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.
Sumber: Tiktok
@wan.belida.1 Ya allah kau ampunilah segala dosa dosa ku dan peminat2 bang aji #bangaji #fyp #fypシ゚viral #aniq
♬ bunyi asal - wan belida 1 - wan belida 1
Tarziman — 11/07/2025, 03:13PM



