· · ·

TIGA PEMUDA RAKAM VIDEO BERIKAN TULANG AYAM KEPADA GELANDANGAN

Konten ‘Bantu Gelandangan’ Bertukar Dikecam

Tiga pemuda tular baru-baru ini di media sosial selepas didakwa memberi nasi yang dicampur sisa tulang ayam kepada seorang gelandangan dalam satu video yang dikongsikan mereka sendiri.

Dalam video tersebut, mereka dilihat makan di sebuah restoran makanan segera dan mengumpulkan sisa tulang ayam kononnya untuk mengelak pembaziran. Salah seorang daripada mereka berkata, “Tulang ayam ni jangan buang. Kita bagi pada orang yang memerlukan.”

@brofirdauswong

Selepas ini, minta maaf, selesai. Alhamdulilah Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk menghina orang miskin TETAPI Islam mengajarkan umatnya untuk membantu orang miskin. Ini hanya kebiadaban 3 remaja ini bukan keseluruhan kaum Cina. Inilah apa yang berlaku bila menyalahgunakan akal yang Allah kurniakan demi konten.

♬ original sound - FirdausWong - FirdausWong

“Nak Buat Kebajikan”, Tapi…

Mereka kemudian membungkus sisa makanan itu bersama nasi dan memberikannya kepada seorang lelaki gelandangan serta seekor anjing jalanan.

Walaupun niat dikatakan atas nama ‘kerja kebajikan’, ramai netizen menyifatkan tindakan mereka sangat tidak sensitif dan menjatuhkan maruah golongan susah.


Baca juga :Caprice Dedah Penyanyi Grooming Pelakon Cilik Siap Cium Bibir Dan Rayu Tarik Laporan

Baca juga : Wanita Indonesia Puji Anwar Ibrahim Kata Malaysia Layak Dicontohi

 

Tampil Jelaskan ‘Itu Hanya Lakonan’

Selepas menerima kecaman hebat, salah seorang daripada pemuda terbabit memuat naik satu lagi video di Instagram untuk memberikan penjelasan.

“Semua orang sangka kami bagi tulang ayam kepadanya. Kami tanya dia boleh tak berlakon sama-sama untuk rakam video. Kami telah bagi dia makanan sempurna. Saya mohon maaf kepada semua, maaf,” jelasnya sambil menunjukkan video pemberian satu set makanan ayam goreng lengkap kepada lelaki tersebut.

Netizen Tak Puas Hati Walau Dah Minta Maaf

Namun, permohonan maaf itu tidak meredakan kemarahan netizen yang rata-ratanya tetap menganggap video asal itu sebagai tidak hormat terhadap gelandangan.

Antara komen yang ditinggalkan termasuk:

“Konten sampah, tak peduli lah sama ada anda telah rancang atau tak, tapi video begini menunjukkan seperti anda tidak menghormati orang miskin atau pengemis,” tulis @eda_mohd62.

“Sama ada berpakat atau tidak, saya tak nampak apa perkara baik dalam video ini. Semata-mata tiga orang seronok bergelak ketawa dan menghina gelandangan,” kata @eethengee.

“Nak beri bantuan tapi perlukah menghina terlebih dahulu? Keluarga anda ajar beginikah?” soal @qingwei_3232.

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


 Sumber :X.com

Maximus— 5/08/2025,  2:30PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos