· · ·

FEZRUL KHAN CABAR OPAI MASUK RING MUAY THAI

Fezrul Angkat Suara, Tak Suka Nama Jojo Dipetik

Pelakon terkenal, Fezrul Khan, tampil bersuara dan mempertahankan ahli sukan Muay Thai negara, Jojo Ghazali, selepas nama Jojo tiba-tiba dipetik oleh usahawan kontroversi, Opai. Dalam satu video di TikTok, Fezrul dilihat berang dan terus ajak Opai masuk gelanggang Muay Thai.

“Biar Saya Uruskan Kartun Ini” – Fezrul Khan

Dalam video tu, Fezrul siap panggil Opai sebagai “Popeye” dan dengan yakin minta Jojo tak perlu layan benda-benda negatif ni. Katanya, Jojo patut fokus pada perjuangan dia je dalam sukan.

“Kepada abangku Johan Ghazali, awak hanya fokus untuk perlawanan seterusnya. Tidak mengapa, ‘Popeye’ bagi saya yang uruskan.”

“Popeye, saya nak jemput awak ring dengan saya. Kita main Muay Thai.”

Siap sindir lagi:

“Saya jual daging premium saya dekat awak, awak berani ke tak nak beli?”


Baca juga :Afifah Nasir Puji Sikap Ibu Tak Pernah Minta Duit Anak, Netizen Sindir ‘Patut Contohi’

Baca juga : Kerajaan MADANI Umum Diskaun Tol 50% Aidilfitri, Netizen Sindir Tempoh Terlalu Pendek

 

Fezrul Sindir Keras – “Awak Buat Anak Saja”

Bukan setakat cabar masuk ring, Fezrul juga soal apa sebenarnya sumbangan Opai kepada negara. Dia bandingkan kejayaan Jojo yang angkat nama Malaysia dengan ‘kecoh’ yang dibawa oleh Opai.

“Sekurang-kurangnya Jojo mengharumkan nama negara, dia sokong kawan-kawan dia.”

“Awak sembang apa? Awak punya promoter peringkat berapa? Awak harumkan apa sekarang ini?”

Akhir sekali, dia sempat bagi ‘punchline’ yang cukup pedas:

“Kalau setakat nak kutuk pasukan kita, baik awak harumkan isteri di rumah, awak buat anak saja.”

Netizen Sokong Tindakan Fezrul

Rata-rata netizen sokong tindakan Fezrul yang tampil pertahankan atlet negara. Ramai kata Fezrul berani bersuara dan tak takut nak panggil sesiapa masuk gelanggang bila perlu.

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


 Sumber :TikTok

@fezrulkhan

Message untuk cartoon dari negara KONOHA @Opai Alpiaw dari RATU 🐝. Kepada abangku @JohanGhazaliMuaythai let me handle this cartoon. Just focus on your next fight kami sokong abangku n sy doakan yg terbaik untuk awak abangku 🤝🤗 #fezrulkhan #ratulebah #muaythai #fyp #fpy #f #catoonpopeye

♬ Chill Song - The Machinist Beats

Maximus— 5/08/2025,  2:11PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos