LELAKI UK PUJI SISTEM KESIHATAN AWAM MALAYSIA BERBANDING NHS UK
Lelaki UK Terkejut Layanan Hospital Malaysia Lebih Cekap Dari NHS
Greg Larcombe, seorang warga British yang kini menetap di Sarawak, telah tular selepas memuji perkhidmatan hospital awam di Malaysia. Dalam satu insiden, Greg digigit oleh seekor kucing liar dan bergegas ke hospital kerajaan bagi mendapatkan rawatan kecemasan.
Menurut Greg, beliau tidak pernah menerima vaksin Rabies sebelum ini dan gigitan tersebut sangat serius memandangkan Sarawak merupakan kawasan yang mempunyai kes Rabies.
Servis Cekap, Hanya Tunggu 5 Jam
Greg berkongsi bahawa dia hanya perlu menunggu kurang daripada lima jam untuk mendapatkan rawatan penuh di jabatan kecemasan. Beliau kagum dengan kecekapan sistem kesihatan di sini, lebih-lebih lagi apabila dibandingkan dengan negaranya sendiri.
Katanya, “Servis kesihatan awam (di Malaysia) berdasarkan pengalaman saya, terutamanya dibandingkan dengan apa yang saya lalui di UK, adalah sangat lebih cekap dan lebih tersusun.”
Baca juga : Bella Astillah Dikecam Kerana Gaun Dedah Bahu Di Majlis Bersama Tun M
Baca juga : Pelajar Sekolah Cuba Tumbuk Guru Apabila Ditegur
Perbandingan Dengan NHS UK
Di United Kingdom, untuk temujanji biasa sahaja, seseorang perlu menunggu antara dua ke empat minggu. Bagi kes kecemasan pula, masa menunggu boleh mencecah sehingga 12 jam.
Greg turut menyatakan bahawa meskipun beliau bukan warganegara, bayaran yang dikenakan hanyalah RM40 bagi setiap suntikan. Beliau menganggap ia sangat berpatutan. Bagi warganegara pula, hanya RM1 dikenakan.
Rawatan Rabies Dan Suntikan Menyakitkan
Greg turut berkongsi bahawa beberapa suntikan perlu diberikan pada jari yang digigit. Malah, katanya suntikan itu jauh lebih sakit berbanding proses membuat tatu. Selepas itu, beliau juga menerima suntikan booster di kedua-dua belah lengan dalam masa tiga hingga empat hari.
Netizen Sokong, Petugas Kesihatan Dipuji
Ramai rakyat Malaysia bersetuju dengan pandangan Greg, dan turut berkongsi pengalaman baik mereka di hospital kerajaan. Ada juga petugas kesihatan awam yang berterima kasih atas pengiktirafan tersebut.
Netizen turut menyatakan bahawa sistem kesihatan awam di Malaysia adalah antara yang paling murah di dunia. “Apa yang penting, ianya murah. Tiada pesakit dihantar pulang hanya kerana tiada insurans,” tulis seorang pengguna.
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.
Sumber : TikTok
@greggetseverywhere How does the Malaysian public healthcare service compare to the NHS in the UK? #malaysiatiktok #healthcare #nhs #uktiktok #storytime
♬ original sound - Greg Larcombe



