Jefri Nichol Hanya Mampu Bertahan Selama 38 SaatAmeera Khan Tetap Bangga
Ameera Khan Tetap Anggap Jefri Nichol Lelaki Sebenar Walau Tewas 38 Saat
Walaupun pertarungan hanya bertahan 38 saat, Ameera Khan tetap menganggap teman lelakinya, Jefri Nichol, sebagai lelaki sebenar dan pemenang di hati mereka yang menyokongnya.
Ameera, yang sebelum ini meletakkan harapan tinggi kepada kemenangan Jefri, sanggup terbang ke Jakarta demi memberikan sokongan padu. Namun, harapan itu musnah apabila Jefri tewas TKO di tangan El Rumi selepas menerima tumbukan bertubi-tubi.
Pengadil terpaksa menghentikan pertarungan selepas Jefri mendakwa bahunya terkehel.
Reaksi Jefri Selepas Kalah
Walaupun kecewa, Jefri menerima kekalahan tersebut dengan hati terbuka.
“Saya terima kekalahan saya. Kadangkala apa yang kita rancang tidak akan menjadi realiti. Bahu saya terkehel dan pihak penganjur membuat keputusan untuk menghentikan pertarungan serta merta. Apa pun saya gembira dapat kembali semula ke gelanggang… Memandangkan saya dan El Rumi sudah lama tidak bertarung,” katanya.
Dia turut memohon maaf kepada peminat yang tidak dapat menyaksikan aksi terbaiknya.
“Maafkan saya, sebab anda semua tidak dapat menyaksikan pertarungan yang anda mahukan,” tambahnya di Instagram.
Bagi Ameera Khan, kekasihnya itu tetap pemenang sebenar.
“Sentiasa menjadi pemenang kami, dan lelaki sebenar,” tulis Ameera.
Baca juga : Jefri Nichol Hanya Bergurau, Bersumpah Tidak Pernah Meniduri Lebih 20 Wanita
Baca juga : “Good Looking, Famous & Ada Segalanya – Playboy Pun Takpe!” – Ameera Khan Terus Jadi Bualan
El Rumi Raih Kemenangan TKO Pantas
Pertarungan ini merupakan aksi ulangan antara El Rumi dan Jefri Nichol selepas pertemuan pertama pada 2023, yang juga dimenangi El Rumi. Bezanya kali ini, dia menamatkan perlawanan hanya dalam 38 saat pada pusingan pertama.
“Ya, memang saya kan ada imej anak baik-baik. Jadi mungkin orang tak sangka ada keganasan dalam diri saya,” kata El Rumi.
Dia menganggap kemenangan ini sebagai pembuktian selepas dituduh menipu dalam perlawanan pertama.
“Pertandingan pertama kan saya dituduh menipu atau apa sahaja. Nah, pertandingan kali ini saya mahu menutup mulut netizen,” tegasnya.
Reaksi Selepas Pertarungan
El Rumi mengakui dia sebenarnya mahu menang KO, tetapi keputusan pengadil untuk hentikan perlawanan dianggap tepat.
“Memang nak KO, tapi sayangnya pengadil hentikan. Kalau tak dihentikan, mungkin lebih bahaya,” katanya.
Dia juga berkongsi bahawa sejak awal kariernya, kemenangannya sering diragui.
“Saya dari pertandingan pertama dah diragui, pertandingan kedua pun diragui, pertandingan ketiga pun diragui. Jadi setiap kali menang macam tak ada orang percaya,” ujarnya.
Pertarungan ini dianggapnya sebagai peluang untuk menjawab segala keraguan itu:
“Saya memang cuma mahu lawan Nichol. Sekaligus buktikan kepada warganet siapa pemenang sebenar,” tambahnya.
Kemenangan Disambut Keluarga
Ibunya, Maia Estianty, meluahkan rasa syukur di Instagram:
“Alhamdulillah, kemenangan yang indah… Terima kasih Ya Allah atas kekuatan yang diberikan kepada EL RUMI… Terima kasih kepada yang telah mendoakan @elelrumi.”
Maia turut memberi penghargaan kepada Jefri Nichol:
“Untuk @jefrinichol kamu tetap terbaik. Terima kasih sudah pakai pelindung kepala ya… you are the best, Jef… proud of you too.”
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.
Sumber : Twitter
https://x.com/CGV_ID/status/1953999831749550269



