“Rindu Dekat Arwah Ayah” – Wanita Sebak Belanja Atuk Makan Seorang Diri
Wanita Belanja Warga Emas Makan, Tular di TikTok
Banyak cara untuk kita berbuat baik, tidak hanya dengan sopan santun tetapi juga dengan membantu orang lain yang dalam kesusahan. Baru-baru ini, tindakan spontan seorang wanita belanja seorang warga emas makan di kedai telah mencuri perhatian warganet di TikTok.
Sebelum ini, kisah sebuah keluarga yang belanja pelajar MRSM Sungai Besar dan guru mereka ketika terkandas di lebuh raya turut menjadi bualan ramai. Kali ini, momen menyentuh hati itu melibatkan seorang wanita bernama Mya Maisarah.
Niat Ikhlas Kerana Risau Warga Emas Lapar
Menurut perkongsian di TikTok (@imynopiess), Mya ternampak seorang warga emas duduk berseorangan di kedai makan sambil menjamah roti berkrim dan secawan minuman sahaja. Risau lelaki itu masih lapar, Mya terus membelikan set nasi berlauk dan menghidangkannya di hadapan warga emas tersebut.
“Masa tengah makan satu suap tiba-tiba ternampak atok tu makan sorang-sorang tapi atok tu makan roti dengan air je 😭. Lepas tu mama suruh belikan atok tu makanan (sebab risau) atok tu lapar. Lepas je beli makanan dia tu terus (Mya) nangis tak henti dan tersedu-sedu,” tulis Mya di kapsyen.
Warga emas itu kelihatan terharu dan mengucapkan terima kasih kepada Mya dengan senyuman.
Baca juga : Tak perlu risau tunai bila ke Jepun — kad debit Maybank & CIMB boleh guna untuk withdraw yen terus dari ATM 7-Eleven!
Baca juga : “Ratu Cantik Jepun Datang Ziarah Ebby Yus, Memori Lama Kembali!”
Teringat Arwah Ayah, Emosi Tak Terkawal
Situasi itu membuatkan Mya tidak dapat menahan sebak kerana teringat kepada arwah ayahnya. Dalam video tersebut, dia dilihat mengalirkan air mata sambil menikmati hidangan.
“Sebab teringat dekat ayah rindu ayah sangat-sangat. Sekarang memang sensitif sangat kalau tengok orang-orang dah berusia macam ni mesti teringat dekat arwah ayah juga,” kata Mya.
Warganet Sebak & Puji Tindakan Mya
Rata-rata di ruangan komen memuji sikap prihatin Mya dan mendoakan kebaikan buatnya.
“Tak rugi dik awak buat baik dengan orang. Terima kasih orang baik. Semoga dipermudahkan segala urusan awak dan pakcik tu,” tulis seorang pengguna TikTok.
Ramai juga yang mengakui turut berasa sebak melihat video tersebut.
“Sama la sis. Saya baru kehilangan ayah tahun ni. Setiap kali nampak orang tua memang saya sensitif sekarang, terus teringat ayah saya. Saya rindu ayah saya sangat. Sis bawa saya nangis juga sekarang,” luah seorang wanita.
Menariknya, seorang wanita yang mengaku sebagai anak kepada warga emas itu turut meninggalkan komen.
“Saya anak kepada pakcik ni. Terima kasih kerana menyantuni ayah saya. Semoga awak dimewahkan rezeki dan arwah ayah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Kalau nak tahu, dia memang selalu lepak minum dekat situ. Orang sana memang dah kenal dia hehe,” katanya.
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.
Sumber : Tiktok
@imynopiess story nya macam ni mase tgh makan 1 suap tibe ii ternampak atok tu makan sorang sorang tpi atok tu makan roti dgn air je 😭 bagitau mama and mama suruh belikan atok tu makanan mesti atok tu lapar, lepas je beli makanan atok tu terus nangis non stop tersedu sedu 😭 sbb teringat kat ayah rindu ayah sangat sangat 😭😭😭 sekarang mmng sensitive sgt klau tgk org ii dh berusia mcm ni mesti teringat arwah ayah jugak 😭💔 TOLONG DOAKAN ATOK NI TAU 🥹 (teringat arwah ayah) 😔
♬ Ayah - Seventeen


