Demon Slayer Infinity Castle Filem Animasi Jepun 2025 Visual Epic
Filem Animasi Yang Dinanti, Kini Tayang di Malaysia
Menjadi antara yang pertama menyaksikan Demon Slayer: Infinity Castle di Malaysia adalah satu pengalaman yang hanya boleh diringkaskan dengan dua perkataan — absolute cinema. Filem ini merupakan kesinambungan terus daripada musim ke-4 anime Demon Slayer, dan tidak membuang masa membawa penonton terus ke medan pertempuran.
Aksi Bermula Tanpa Berlengah
Dalam filem ini, Tanjiro dan para hashira terus melangkah ke dalam istana iblis penuh dimensi pelik untuk menumpaskan Muzan, ketua musuh yang sedang parah. Pertarungan epik menanti mereka di dalam Infinity Castle, tempat para Upper Rank sudah bersedia menunggu.
Kutipan Cecah RM632 Juta Di Jepun
Selepas 25 hari tayangan di Jepun, filem ini telah mengutip sebanyak ¥22.07 bilion atau lebih kurang RM632 juta. Kejayaan ini bukan disebabkan hype semata-mata, tetapi kerana kualiti filem yang benar-benar luar biasa dari segi jalan cerita, grafik dan emosi.
Visual dan Bunyi Yang Menggegar Jiwa
Studio Ufotable benar-benar memberikan segalanya dalam penghasilan animasi ini. Dari pertempuran antara Akaza menentang Tanjiro & Giyu, hinggalah Zenitsu bertarung dengan Kaigaku, setiap babak disusun rapi dengan runut bunyi dan kesan khas yang menggetarkan emosi.
Baca juga : Netizen Indonesia Kecam Animasi Merah Putih: One For All, Banding Dengan Upin Ipin
Baca juga : Prince Syed Dan Isteri Beli Set Perabot Di Kedai Perabot Johor
Durasi 2 Jam 30 Minit Yang Padat
Dengan durasi selama 2 jam 30 minit, filem ini sememangnya sarat dengan aksi. Namun ada juga beberapa adegan yang dirasakan boleh dipendekkan. Walaupun begitu, penonton tetap kekal terpaku kerana pacing yang berjaya mengekalkan keterujaan dari mula hingga akhir.
Bahagian Pertama Daripada Trilogi
Perlu diketahui, Infinity Castle hanyalah filem pertama daripada tiga filem keseluruhan dalam penutup siri Demon Slayer. Buat masa ini, tarikh rasmi untuk dua lagi filem belum diumumkan tetapi dijangka muncul pada tahun 2026 dan 2027.
Wajib Tonton Di Pawagam
Penonton digalakkan menonton versi penuh filem ini di pawagam, terutamanya skrin IMAX. Pengalaman sinematiknya akan membuat anda rasa seolah-olah berada di dalam istana yang sedang berpusing itu. Tidak berbaloi tengok versi bocor — visual dan audio terlalu berharga untuk disia-siakan.
Skor Kami? 9.5/10
Dengan gabungan naratif yang mantap, visual menggila, serta emosi yang menusuk, filem ini layak mendapat 9.5/10. Kami sendiri tak sabar menantikan filem kedua nanti. Semoga Ufotable dapat menyambung trilogi ini secepat mungkin.



