Elcah Kasi Amaran ‘Last Warning’ Pada Syada Amzah, Sedia Ambil Tindakan Undang-Undang
Elcah Beri Amaran Terakhir Kepada Syada Amzah
Pempengaruh media sosial, Elcah, tampil memberi amaran terakhir kepada penyanyi Syada Amzah supaya segera menghentikan perbuatan yang didakwa mengganggu rumah tangga serta menjejaskan nama baik keluarganya.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Elcah mendakwa Syada telah menyebarkan fitnah mengenai dirinya kepada rakan-rakan terdekat.

“Last Warning!” – Elcah
Elcah dalam nada tegas menulis bahawa dia sudah mempunyai bukti kukuh terhadap segala perbualan yang berlaku.
“Last warning! Kepada Syada Amzah, berhenti daripada membuat panggilan kepada semua kawan-kawan aku untuk menyebarkan fitnah mengenai keluarga aku. Segala perbualan telefon kau telah direkod dan aku dah memiliki bukti yang sangat kukuh,” tulisnya.
Dia turut menegaskan bahawa dirinya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya perkara tersebut berulang lagi.
“Sekiranya kau teruskan, aku tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang (saman) kerana nama baik keluarga aku sudah calar akibat perbuatan kau,” katanya lagi.
Nama Baik Keluarga Tercalar
Menurut Elcah, perbuatan yang didakwa dilakukan oleh Syada telah menyebabkan reputasi keluarganya tercalar.
“Kau tak perlu jaga tepi kain aku, pergi lah cari kerja kalau kau bosan. Tapi jangan nak cerita fasal rumah tangga aku,” tulisnya.
Elcah turut menjelaskan bahawa selama ini dia masih menjaga nama Syada kerana menghormati ibu dan kakaknya, iaitu penyanyi terkenal Shila Amzah. Namun, kali ini dia sudah hilang sabar.
“Sebelum ini aku masih menjaga nama kau sebab menghormati mama Zie (ibu Syada) dan kak Sha (Shila Amzah). Tetapi kali ini, cukup,” tegasnya.
Baca juga : Buat pertama kali, pemberian mas kahwin suami kepada isterinya membuatkan ramai terperanjat.
Baca juga : Janna Nick Beri Penjelasan Isu Fazura, Tampil Mohon Maaf
Semangat Nak Sertai Marathon Lagi
Bukan sekadar itu, warga emas ini dilaporkan sudah berniat untuk menyertai acara larian seterusnya yang akan berlangsung di Kepong, Kuala Lumpur.
Walaupun sudah mencecah lebih 90 tahun, semangat Uncle Ong jelas membuktikan bahawa usia bukanlah penghalang untuk terus aktif dan cergas.
Netizen Kagum Dengan Uncle Ong
Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna media sosial meluahkan rasa kagum terhadap ketahanan fizikal Uncle Ong.
“Weh hebatnya uncle. Respect! Aku ni baru umur 27 ikut larian 5km dekat nak satu jam itu pun tercungap-cungap bagai ikan tiada air dalam akuarium,” kata seorang pengguna.
Seorang lagi pula sempat bergurau malu dengan pencapaian warga emas itu:
“Ya Allah malunya dengan pakcik ni. Kita hampir 50 tahun ni rasa 5km pun belum tentu (lepas).”
Malah, salah seorang peserta PJ Half Marathon 2025 turut berkongsi pengalaman berlari bersama beliau.
“Masuk kategori sama dengan uncle ni. Memang perasan masa 5km dia masih di belakang saya. Tiba-tiba dalam 7-8km, dia laju melepasi saya. Dia tidak lari laju, tapi dia konsisten berjalan pantas. Dia sempat ke garisan penamat dua minit lebih awal dari saya. Hebat uncle ni.”
Inspirasi Buat Semua Generasi
Kisah Uncle Ong ini memberi inspirasi bahawa kesihatan dan gaya hidup sihat perlu diamalkan sejak muda. Dengan konsistensi dan disiplin, usia bukanlah alasan untuk berhenti aktif.
Ramai netizen berharap mereka juga masih sihat dan bertenaga seperti Uncle Ong apabila mencecah usia emas.



