· · ·

Wanita Kahwin ‘Unfollow’ Zul Ariffin, Takut Suami Kecil Hati

Wanita Kahwin Mahu Unfollow IG Zul Ariffin

Gelagat seorang wanita mencuri perhatian di TikTok apabila dia berseloroh mahu menekan butang unfollow Instagram milik pelakon kacak Zul Ariffin.

Wanita dikenali sebagai Cik Reshy itu mengakui dirinya tidak sanggup lagi melihat hantaran Zul yang penuh dengan gambar menggoda kerana bimbang suaminya terasa hati.

Risau Jadi ‘Red Flag’

Dalam videonya, Reshy menjelaskan bahawa dia sebenarnya seorang isteri yang menyokong artis Malaysia. Namun, bila sering menekan butang like pada gambar Zul, dia bimbang perkara itu dianggap pelik oleh suaminya.

“Video ini untuk Zul Ariffin. Hello, aku ini wanita yang sudah berkahwin. Aku follow IG Zul dan dah dua hari, gambar-gambar macam ini (menggoda) yang dia upload.

Aku sokong artis-artis Malaysia tapi kalau aku tekan tanda suka pada gambar-gambar itu, aku pula yang jadi red flag,” katanya.


Baca juga : Buat pertama kali, pemberian mas kahwin suami kepada isterinya membuatkan ramai terperanjat.

Baca juga : Janna Nick Beri Penjelasan Isu Fazura, Tampil Mohon Maaf

Terpaksa Unfollow Demi Hati Suami

Tambahnya lagi, langkah unfollow terpaksa dibuat supaya rumah tangganya kekal tenteram.

“Jadi, aku terpaksa unfollow sebab nanti suami aku tengok dia akan macam, ‘Kenapa like gambar-gambar macam ini?’

By the way Zul Ariffin, awak nampak kacak,” katanya sambil memuji pelakon J Revolusi itu.

Netizen Terhibur, Ramai Akui Perkara Sama

Hantaran tersebut cepat tular dan membuat ramai penonton terhibur. Rata-rata netizen turut mengakui mereka juga pernah ‘cair’ melihat ketampanan Zul Ariffin di media sosial.

Ada yang berseloroh bahawa walaupun mereka masih follow, rasa segan tetap ada bila pasangan ternampak nama mereka muncul di ruangan like gambar pelakon itu.

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


 Sumber :  Tiktok

@cikreshy

Maaf @Zul Ariffin aku tak dapat nak like post recent. Tapi mmg mantap, teruskan posting! 🫣

♬ original sound - Cik Reshy - Cik Reshy

Tarziman —22/08/2025,  03:19PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos