· · ·

Abby Abadi Nasihat Marissa: Bukan VVIP Pun Tak Apa, Janji Bukan Suami Orang

Abby Abadi Pilih Untuk Diam, Kongsi Komen Netizen

Pelakon terkenal, Abby Abadi menarik perhatian ramai apabila berkongsi tangkap layar komen netizen yang menasihati anak perempuannya, Marissa Dania Hakim, mengenai kehidupan berpoligami bersama suaminya, Ahmad Aslam.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 48, mengakui dia lebih memilih untuk tidak mengulas panjang soal peribadi anaknya itu, sebaliknya hanya berkongsi luahan netizen yang mewakili pandangan orang ramai.

“Rasanya banyak yang mahu diceritakan. Tapi cuma boleh cakap biarlah komen-komen ini mewakili,” katanya dalam sebuah video.

Netizen Minta Marissa Tinggalkan Hidup Poligami

Menerusi komen yang dikongsi Abby, ramai netizen berpendapat Marissa yang baru berusia 20 tahun itu masih muda dan cantik, layak menikmati kehidupan lebih baik berbanding status sebagai isteri kedua.

Mereka menasihati Marissa untuk melangkah pergi, meninggalkan poligami, dan mencari pasangan lain yang boleh memberikan kebahagiaan tanpa berkongsi kasih.

Abby Setuju: “Bukan VVIP Pun Tak Apa, Janji Bukan Suami Orang”

Menariknya, Abby sendiri dilihat bersetuju dengan salah satu komen netizen yang menyarankan agar Marissa mengundur diri dan mencari jodoh baru.

“Bukan VVIP pun tak mengapa, yang penting bukan suami orang. Buang masa dan rugikan diri sendiri,” balas Abby ringkas.


Baca juga : Buat pertama kali, pemberian mas kahwin suami kepada isterinya membuatkan ramai terperanjat.

Baca juga : Janna Nick Beri Penjelasan Isu Fazura, Tampil Mohon Maaf

Hubungan Abby & Menantu Pernah Tegang

Pada April lalu, Abby pernah mencuri perhatian apabila menegur menantunya, Aslam, secara terbuka di media sosial kerana mendakwa lelaki itu tidak menghormatinya sebagai ibu mentua.

Aslam ketika itu menegaskan sudah memohon maaf secara peribadi, namun Abby tetap meluahkan rasa kecewa. Selepas dua minggu ‘dingin’, Marissa akhirnya tampil bertemu Abby untuk menjernihkan kembali hubungan mereka.

Perkahwinan Marissa Di Thailand

Untuk rekod, Marissa sah bergelar isteri kedua kepada Mohd Aslam selepas mereka bernikah di Songkla, Thailand pada Disember 2023.

Ketika pernikahan itu berlangsung, Aslam sudahpun memiliki seorang isteri, Umisya, serta tiga orang anak hasil perkahwinan pertama mereka.

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


 Sumber :  Hibglam

Tarziman —25/08/2025,  02:49PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos