Myvi Dikepung & Diancam, Polis Buru Geng Motosikal Terlibat
Kejadian berlaku sekitar jam 4 pagi berhampiran Plaza Tol Batu 13, Puchong
Satu insiden membimbangkan tular baru-baru ini apabila sebuah kereta Perodua Myvi dikepung dan diugut oleh sekumpulan geng motosikal.

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad mengesahkan kejadian berlaku awal pagi semalam di sekitar Plaza Tol Batu 13, Puchong.
Pemandu Myvi buat laporan polis
Mangsa kejadian ialah seorang lelaki berusia 52 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan. Beliau tampil membuat laporan polis sejurus selepas insiden berbahaya itu.
“Kejadian berlaku kira-kira jam 4 pagi semalam dan kita masih meneliti apa punca sebenar kejadian,” ujar ACP Muhamad Farid dalam kenyataan rasmi.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
Polis sedang buru kira-kira 20 geng motosikal
Menurut polis, dianggarkan kira-kira 20 penunggang motosikal terbabit dalam kejadian tersebut dan pihak berkuasa kini sedang giat menjalankan siasatan serta usaha mengesan semua suspek.
“Usaha mengesan serta menahan semua mereka sedang dijalankan,” tambah beliau.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 427 (khianat) dan Seksyen 279 (memandu secara melulu) Kanun Keseksaan.
Pihak polis turut menyeru mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian untuk tampil membantu siasatan bagi membawa semua pelaku ke muka pengadilan.
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.
Sumber : INSTAGRAM
https://www.instagram.com/reel/DPLP20EEsKb/



