10 Rakyat Malaysia Termasuk Zizi Kirana Ditahan Israel Dalam Misi Kemanusiaan Ke Gaza
Diserbu di perairan antarabangsa ketika misi aman
Seramai 10 rakyat Malaysia dilaporkan telah ditahan secara tidak sah oleh tentera Israel ketika sedang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza. Antara yang terlibat termasuk selebriti terkenal tanah air, Zizi Kirana, serta dua beradik aktivis kemanusiaan Heliza Helmi dan Hazwani Helmi.

Kejadian itu berlaku apabila kapal-kapal misi berkenaan dipintas dan diceroboh oleh tentera Israel di perairan antarabangsa pada malam Khamis lalu.
Menurut hantaran rasmi di media sosial oleh Sumud Nusantara Official, beberapa buah kapal dalam flotila tersebut termasuk Kapal Hio yang dinaiki Heliza dan Hazwani telah diserbu dan dirampas kawalan oleh pihak Israel.
Video Persediaan Jika Diculik Tersebar
Dalam satu klip video yang dimuat naik sebelum misi bermula, Heliza Helmi kelihatan membaca kenyataan yang menyatakan kemungkinan dirinya diculik.
“Nama saya Heliza Helmi. Saya warganegara Malaysia. Jika anda menonton video ini bermakna saya telah diculik dan ia bertentangan dengan kehendak saya oleh tentera Israel,” katanya dalam video tersebut.
Menurut Heliza lagi, misi mereka adalah sepenuhnya bersifat aman, tidak melibatkan keganasan, dan mematuhi undang-undang antarabangsa. Beliau turut merayu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan segera menuntut pembebasan semua tahanan.
Senarai Nama 10 Rakyat Malaysia Yang Ditahan
Selain Heliza dan Hazwani, antara nama yang disahkan berada dalam tahanan termasuk:
- Zizi Kirana
- Haikal Abdullah
- Muaz Zainal
- Zulfadhli Khairudin
- Rusydi Ramli
.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
Mereka berada atas Kapal Sirius yang dipintas sekitar jam 9.47 malam waktu Gaza pada 1 Oktober 2025.
Tiga lagi rakyat Malaysia di atas Kapal Alma turut berdepan nasib sama:
- Iylia Balqis
- Musa Nuwayri
- Sul Aidil
Kapal Alma dilaporkan dipintas pada jam 9.44 malam waktu Gaza



