Pelancong Luar Dakwa Semporna Antara Bandar Paling Kotor Pernah Dilawat
Semporna Dikritik Pelancong Kerana Keadaan Kotor
Semporna, sebuah lokasi pelancongan popular di Sabah, kini menjadi bualan selepas seorang pelancong luar negara memuat naik video mendakwa kawasan tersebut sebagai antara bandar paling kotor yang pernah dilawatinya.
Menerusi akaun TikTok @backpacker_ben, pelancong itu meluahkan rasa kecewanya dengan tahap kebersihan di jeti utama Semporna, tempat di mana kebanyakan pelancong memulakan perjalanan ke pulau-pulau berdekatan.
Jeti Penuh Sampah & Bau Busuk
Dalam videonya, beliau menyatakan tidak dapat membayangkan keadaan pulau-pulau pelancongan yang bakal dikunjungi, setelah melihat jeti yang dipenuhi sampah dan air yang berwarna gelap serta berbau kurang menyenangkan.
“Saya terpaksa pegang botol kosong selama lebih sejam sebab tak jumpa tong sampah,” katanya sambil menunjukkan kawasan sekitar yang kotor.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
Netizen Tempatan Tampil Beri Penjelasan
Rakaman tersebut mengundang pelbagai reaksi di media sosial. Ramai netizen mendesak agar pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan segera membersihkan kawasan itu memandangkan Semporna adalah pintu masuk utama ke destinasi pelancongan terkenal seperti Pulau Sipadan dan Mabul.
Namun begitu, ada juga warga tempatan yang tampil mempertahankan keadaan tersebut. Menurut mereka, kekotoran di kawasan itu berpunca daripada kelompok pendatang tanpa izin yang menetap di situ dan bukan rakyat tempatan.
“Ramai yang tinggal situ adalah warga asing. Mereka bukan dari Malaysia pun. Itu sebabnya kawasan tu jadi macam tu,” tulis seorang netizen.
Malah, ada yang menyamakan suasana kawasan tersebut dengan perkampungan di Indonesia atau Filipina, menyatakan bahawa masalah pembuangan sampah sesuka hati adalah budaya yang dibawa dari luar.
Seruan Kepada Pihak Berkuasa
Orang ramai berharap agar video tular ini membuka mata pihak berwajib untuk mengambil tindakan drastik. Dengan status Semporna sebagai lokasi pelancongan antarabangsa, tahap kebersihan perlu dijaga demi imej negara.
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.
Sumber : Tiktok
@backpacker_ben Asia’s Dirtiest town! 🇲🇾 #fyp #travel #malaysia #semporna #traveltiktok
♬ original sound - Backpacker Ben



