Hazwani Helmi Dedah Layanan Kejam Tentera Israel, “Kami Dilayan Seperti Binatang”
“Kami Dilayan Seperti Binatang” – Hazwani Helmi Dedahkan Kekejaman Tentera Zionis
Sukarelawan GSF tidak diberi makanan, air bersih & dirampas segala barang
Sukarelawan dari Global Sumud Flotilla (GSF), Hazwani Helmi, mendedahkan pengalaman menyayat hati ketika ditahan oleh tentera Zionis Israel baru-baru ini. Dalam hantaran dimuat naik oleh agensi berita Al Jazeera di Instagram, Hazwani menyifatkan layanan yang diterima mereka sebagai tidak berperikemanusiaan.
“Keadaan memang teruk. Apa yang boleh saya katakan, kami dilayan oleh mereka (tentera Zionis) seperti binatang. Kami tidak diberi makanan dan minuman bersih,” katanya.
Beliau turut menambah bahawa semua barangan keperluan termasuk ubat-ubatan mereka turut dirampas oleh tentera Israel.
Greta Thunberg Turut Jadi Mangsa
Menurut Hazwani lagi, seorang lagi sukarelawan GSF, Greta Thunberg dari Sweden, turut menerima layanan kasar semasa dalam tahanan.
“Mereka heret Greta atas lantai. Dia pun tak terkecuali,” ujarnya.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
Buat masa ini, media antarabangsa melaporkan bahawa Greta masih lagi ditahan oleh pihak tentera Israel. Kerajaan Sweden pula sedang berusaha membawa pulang aktivis muda itu melalui saluran undang-undang.
Selamat Tiba di Istanbul
Hazwani, bersama 22 lagi sukarelawan dari Malaysia, akhirnya dibebaskan dan selamat tiba di Istanbul, Turkiye pada jam 9 malam waktu Malaysia. Kepulangan mereka disambut dengan penuh syukur setelah melalui pengalaman yang amat mencabar.
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.



