· ·

FIFA Sahkan 7 Pemain Warisan Malaysia Guna Sijil Kelahiran Palsu

7 Pemain Warisan Malaysia Guna Sijil Kelahiran Palsu, FIFA Ambil Tindakan Tegas

FIFA akhirnya membuka mulut dan mendedahkan keputusan rasmi hasil siasatan terhadap tujuh pemain warisan Malaysia yang didakwa menggunakan dokumen tidak sah.

Menurut kenyataan badan bola sepak dunia itu, dokumen sijil kelahiran yang diserahkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ternyata berbeza daripada yang dimiliki oleh pihak sekretariat FIFA. Hasil semakan lanjut mendapati tiada bukti keturunan Malaysia untuk kesemua tujuh pemain terbabit.

Tiada Bukti Pemalsuan Sengaja, Tapi Tetap Salah

FIFA menyatakan bahawa FAM serta para pemain telah memberikan kerjasama penuh sepanjang proses siasatan. Namun begitu, badan itu menegaskan isu ini tetap serius kerana melibatkan pelanggaran Artikel 22 dalam Kod Tatatertib FIFA berkenaan dokumen palsu.

Walaupun tidak menemui sebarang niat jahat atau percubaan sengaja untuk memalsukan dokumen oleh pihak FAM dan pemain, kes ini tetap dipandang berat.

FAM: Kami Yakin Mereka Warisan Malaysia

Sebagai respon, FAM menjelaskan bahawa mereka tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan dokumen kelahiran, sebaliknya hanya menyampaikan maklumat berdasarkan bukti yang dikemukakan oleh pihak berkuasa Malaysia.


Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

FAM turut menegaskan bahawa mereka percaya ketujuh-tujuh pemain tersebut memang mempunyai darah keturunan Malaysia, dan perkara itu juga telah disahkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Denda & Gantung: FIFA Jatuhkan Hukuman

Disebabkan isu tersebut, FIFA telah mengenakan hukuman denda sebanyak RM1.8 juta kepada FAM. Sementara itu, kesemua tujuh pemain dikenakan penggantungan selama 12 bulan daripada sebarang aksi bola sepak antarabangsa serta didenda RM10,598 setiap seorang.

Tempoh Rayuan Diberikan

Menurut laporan daripada wartawan sukan Astro Arena, Fina Nasrom, FAM diberikan tempoh tiga hari untuk menyatakan sama ada ingin membuat rayuan terhadap keputusan tersebut.

Jika mereka memilih untuk mencabar keputusan itu, dokumen rayuan penuh perlu dihantar dalam tempoh lima hari berikutnya kepada FIFA.

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


 Sumber : FIFA Digitalhub

Tarziman —07/10/2025,  09:31AM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos