· ·

Wanita Vietnam Fasih Cakap Melayu Tarik Perhatian Netizen Kita

Wanita Vietnam Cakap Melayu Dengan Loghat Tempatan, Buat Netizen Terkejut

Dalam zaman media sosial hari ini, bukan luar biasa untuk melihat pelbagai kisah lintas budaya jadi tular. Tapi satu video yang dimuat naik baru-baru ini nyata mencuri perhatian — memaparkan seorang wanita Vietnam bertutur dalam bahasa Melayu dengan cukup lancar, lengkap dengan loghat tempatan!

Fasih Macam Anak Jati Malaysia

Video tersebut dimuat naik oleh pengguna TikTok, @hambafakir313, menunjukkan suasana mereka bersiar-siar di sebuah jambatan di Hoi An, Vietnam. Secara spontan, seorang wanita tempatan datang menyapa mereka — dan yang mengejutkan, dia berbicara dalam bahasa Malaysia yang fasih seolah-olah dia sendiri rakyat tempatan.

Lelaki dalam video itu malah bergurau mengatakan wanita itu pasti dari Malaysia kerana loghat dan kefasihannya memang tepat, siap dengan struktur ayat yang betul.


Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

Promosi Spa Sambil Bertutur Macam Lokal

Wanita itu kemudiannya mempromosi perniagaan spa milik keluarganya sambil berkata, “Sapa datang sini boleh cari saya, pergi urut, RM30 sahaja. Mak ayah saya buka spa dekat sini. Sekarang buka dekat pasar malam.”

Katanya, pada waktu tengah hari memang dia akan turun padang mencari pelanggan sendiri untuk menarik mereka datang ke spa di kawasan berdekatan.

Netizen Kagum & Harap Dia Jadi Pemandu Pelancong

Kepetahan wanita itu membuatkan ramai pengguna media sosial memuji caranya bercakap. Malah ada yang berkongsi bahawa wanita ini sebenarnya sudah lama terbabit dalam perniagaan jalanan dan boleh bertutur banyak bahasa sejak kecil lagi.

Ramai juga mencadangkan supaya dia jadi pemandu pelancong kepada pelancong dari Malaysia, kerana kelebihannya menguasai bahasa dan budaya kita boleh memudahkan ramai pelancong ketika melancong ke Vietnam.

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


 Sumber : Tiktok

@hambafakir313

Tgh duk round2 pekan hoi an teserempak dengn akak viral ni.. pekat betul melayu dia 😂@Thanh Huyền #fyp #vietnam #hoian

♬ bunyi asal - Amir - Amir

Tarziman —07/10/2025,  09:34AM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos