Majlis Nikah Diceroboh, Bekas Suami Tampil Nafi Culas Nafkah
Bekas Suami Nafi Culas Nafkah Lepas Video Serbuan Tular
Baru-baru ini, media sosial digemparkan dengan satu rakaman video menunjukkan seorang wanita menyerbu majlis pernikahan bekas suaminya untuk menyerahkan surat mahkamah.

Dalam video tersebut, wanita berkenaan mendakwa bekas suaminya tidak hadir ke prosiding yang ditetapkan tanpa alasan yang munasabah. Kejadian itu mencetus pelbagai reaksi netizen yang tertanya-tanya tentang situasi sebenar.
Namun, dalam perkembangan terbaru, bekas suami yang dikenali sebagai Wan tampil memberikan kenyataan bagi mempertahankan dirinya dan menjelaskan situasi sebenar.

Wan Dakwa Sudah Bayar Nafkah Seperti Ditetapkan Mahkamah
Menurut Wan, mereka telah bercerai selama dua tahun, dan dalam tempoh itu, bekas isterinya sering memuat naik pelbagai hantaran di media sosial.
Beliau menyatakan bahawa selepas video tular itu, dia perlu mempertahankan dirinya kerana merasakan bekas isteri telah “melampaui batas”.
“Setelah saya teliti di media sosial, katanya dia buat lima saman terhadap saya. Tapi semalam saya hanya tandatangan dua — iaitu tuntutan tunggakan nafkah isteri RM33,000 dan permohonan naikkan nafkah anak.”
Bekas isterinya menuntut nafkah anak sebanyak RM1,500 setiap seorang, menjadikan jumlah keseluruhan RM3,000 untuk dua anak, berbanding kadar sedia ada iaitu RM900.
Tunggakan Nafkah Isteri Sudah Digugurkan – Kata Wan
Wan turut menjelaskan bahawa tuntutan nafkah isteri sebanyak RM33,000 itu sudah digugurkan oleh mahkamah disebabkan isu pada serahan dokumen yang didakwa tidak lengkap.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
Beliau juga menjelaskan bahawa semua kes lampau berkaitan nafkah telah selesai pada November 2024, termasuk:
- Nafkah anak
- Nafkah iddah
- Nafkah isteri
“Saya tak pernah culas. Saya akan kepilkan resit pembayaran RM900 setiap bulan tanpa miss seperti yang ditetapkan oleh mahkamah,” ujarnya.
Serah Pada Pihak Berkuasa, Kerjaya Terjejas
Wan juga memaklumkan bahawa dia telah membuat laporan polis berhubung tindakan bekas isterinya menyerbu majlis nikah, dan menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.
Jelasnya, isu yang tular itu telah memberi kesan kepada reputasinya serta kerjaya isterinya yang baru dinikahi.
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.
Sumber : Tiktok
@wanssuk Saya manusia biasa. Saya juga ada hati, perasaan, dan maruah. Selama ini saya memilih untuk diam demi menjaga keharmonian dan nama baik semua pihak. Namun apabila maruah saya dan keluarga dipijak, saya tidak boleh terus berdiam diri. Diam bukan bererti salah. Segala yang saya nyatakan hari ini bukan untuk membuka aib sesiapa, tetapi untuk menjelaskan fakta sebenar. Cukuplah fitnah dan tohmahan yang dilempar tanpa usul periksa. Saya hanya mahu kebenaran ditegakkan dan maruah keluarga saya dipulihkan. Saya percaya, kebenaran mungkin lambat, tetapi ia tidak akan hilang. Dan hari ini, saya berdiri dengan yakin bukan kerana ingin menang, tetapi kerana saya tidak mahu terus dipijak dalam diam.
♬ original sound - Wanns - Wanns



