Trak Pikap Dengan Pelekat Bahasa Israel Di Melaka Cetus Siasatan Polis
Video Tular Cetus Siasatan Pihak Polis
Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini sedang menyiasat satu video tular yang menunjukkan sebuah trak pikap berwarna perak dengan pelekat bertulisan Bahasa Israel di bahagian belakang kenderaan itu. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di jalan raya sekitar Melaka.
Menurut Ketua Polis Melaka, Datuk Zulkhairi Mukhtar, laporan polis telah dibuat oleh seorang pegawai khas kepada Ketua Menteri selepas menemui video berdurasi 14 saat itu di platform Threads.
“Hasil siasatan mendapati tulisan itu membawa maksud ‘Malaysia adalah rumah kami’ atau ‘Malaysia di tangan kami’,” katanya dalam kenyataan rasmi.
Kenderaan Dikesan Milik Individu Dari Negeri Sembilan
Zulkhairi memaklumkan bahawa hasil semakan mendapati trak pikap tersebut didaftarkan atas nama seorang lelaki yang beralamat di Gemencheh, Negeri Sembilan.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada awam, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung penyalahgunaan kemudahan rangkaian.
Polis turut menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan spekulasi atau maklumat yang belum sahih berhubung video berkenaan bagi mengelakkan kegusaran awam.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
Pemandu Sudah Dikenal Pasti
Dalam kemas kini pada 8 Oktober 2025, Zulkhairi mengesahkan bahawa individu yang memandu kenderaan terbabit telah dikenal pasti sebagai warga tempatan.
“Kita sudah kenal pasti individu terbabit namun tangkapan belum dilakukan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Siasatan telus dijalankan bagi memastikan keharmonian masyarakat terpelihara daripada unsur-unsur yang boleh mencetuskan ketegangan.
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


