Coach Fitness Kecewa Dengan Trend Koktail Jellyball Cheese
Trend Viral Koktail Jellyball Cheese Ditegur Coach Kecergasan
Makanan viral di Malaysia semakin hari semakin ‘kreatif’ — dan kadangkala keterlaluan. Terbaharu, minuman koktail buah yang ditambah dengan jellyball dan parutan keju menjadi tular di media sosial hingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pakar kesihatan.
“Ini Yang Buat Rakyat Malaysia Makin Tak Sihat” – Tareq
Coach kecergasan dikenali sebagai Tareq (@tareqfit) berkongsi teguran lantang terhadap trend ini menerusi video TikTok. Dalam rakaman tersebut, kelihatan peniaga menyenduk bebola jeli dan meletakkan keju parut dalam jumlah banyak ke dalam koktail buah.
“Ini yang buatkan ramai rakyat Malaysia tidak sihat. Craving gula dan minuman tidak sihat. Apa benda aku (peniaga) letak atas meja, aku letak je. Janji minuman aku viral nombor satu di Malaysia,” katanya.
Makanan Tinggi Gula & Lemak, Risiko Penyakit Tinggi
Tareq turut menegaskan bahawa minuman seperti ini mengandungi kalori dan gula yang tinggi namun sifar khasiat. Katanya, pemakanan sebegini boleh mengundang risiko penyakit seperti kencing manis, kolesterol tinggi, dan juga kanser.
“Mulut kita bukan sampah. Satu cawan dah berapa ribu kalori? Gula tinggi, khasiat kosong. Aku tengok pun seram,” ujarnya.
Beliau turut menyarankan agar para food blogger berhenti mempromosikan makanan tidak sihat sebegini yang hanya menggalakkan tabiat pemakanan buruk.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
Netizen Setuju & Minta Hentikan Trend Tak Sihat
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan Tareq. Ada yang menyuarakan kebimbangan terhadap pengaruh makanan sebegini ke atas kanak-kanak, manakala yang lain berkongsi pengalaman mereka meninggalkan minuman manis dan beralih kepada air kosong.
“Dulu saya suka minum air-air macam tu. Sekarang cut sugar, air kosong je dah cukup sedap,” kata seorang pengguna.
Seorang lagi lelaki menambah, “Kesihatan ni nikmat paling mahal Allah bagi. Kalau tak jaga, rugi besar.”
Statistik Obesiti Malaysia Makin Membimbangkan
Menurut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, kadar obesiti dan berat badan berlebihan dalam kalangan rakyat meningkat kepada 54.4% pada tahun 2023, berbanding 44.5% pada 2011.
Kaum India mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 63.9%, diikuti wanita (54.7%) dan mereka berusia 50-59 tahun (60.9%). Malangnya, 95.1% rakyat Malaysia tidak mengambil cukup buah dan sayur setiap hari, dengan purata hanya dua hidangan — jauh dari saranan lima hidangan harian.
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.
Sumber : Tiktok
@tareqfit #malaysiatiktok🇲🇾 #malaysiatiktok🇲🇾❤️✌️ #malaysiatiktok
♬ original sound - TAREQ FIT - TAREQ FIT



