Tragedi Berdarah Di Sekolah: Pelajar Tingkatan 4 Maut Ditikam
Ditikam Di Tandas Sekolah Oleh Pelajar Lelaki 14 Tahun
Malaysia dikejutkan dengan tragedi berdarah yang berlaku di SMK Bandar Utama Damansara (4), Petaling Jaya apabila seorang pelajar perempuan Tingkatan 4 maut dipercayai akibat ditikam oleh seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun dari Tingkatan Peralihan. Kejadian berlaku sekitar jam 9.30 pagi, dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Ismail, memaklumkan bahawa suspek telah berjaya ditahan di lokasi. Identiti pelajar lelaki itu tidak boleh didedahkan kerana masih di bawah umur, namun dia dipercayai membawa senjata tajam berupa pisau ke sekolah sebelum menyerang mangsa.
Cubaan Sembunyi Dalam Tandas Gagal Selamatkan Mangsa
Mangsa dikatakan telah ditikam beberapa kali di bahagian badan ketika cuba menyelamatkan diri dengan bersembunyi di dalam tandas. Menurut laporan Buletin TV3, tindakan pantas rakan mangsa yang segera mendapatkan bantuan guru disiplin berjaya membuka pintu tandas, namun keadaan mangsa ketika itu sudah tidak sedarkan diri.
Saksi kejadian dari Berita Harian menyatakan, selepas insiden tikaman itu, pelajar lelaki terbabit melarikan diri dan mula mengejar pelajar lain sambil membawa pisau berlumuran darah. Situasi menjadi kecoh apabila suspek berlari masuk ke kelas-kelas Tingkatan 1, menyebabkan jeritan dan pelajar bertempiaran lari.
Guru & Abang Suspek Berjaya Tahan Pelaku
Kekecohan hanya berakhir selepas abang kepada suspek bersama beberapa guru berjaya menahan pelajar tersebut dan merampas pisau daripada tangannya. Difahamkan, berlaku pergelutan sebelum senjata berjaya dirampas.
Motif sebenar kejadian masih dalam siasatan. Walau bagaimanapun, media melaporkan ia mungkin berkait dengan isu luahan perasaan yang ditolak oleh mangsa. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Shamsudin Mamat, memaklumkan bahawa semua aspek siasatan sedang dijalankan termasuk dakwaan berkaitan hubungan peribadi.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
Sidang Media KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan satu sidang media khas bagi menjelaskan situasi semasa serta langkah-langkah keselamatan susulan insiden ini.
Insiden ini bukan sahaja mencetuskan kegusaran dalam kalangan ibu bapa, malah turut menimbulkan persoalan besar mengenai aspek keselamatan murid di sekolah harian biasa.
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


