· ·

Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Bermula 18 Oktober

Diumum Dalam Pembentangan Belanjawan 2026

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan akan memberikan diskaun tol sebanyak 50% selama dua hari kepada semua pengguna lebuh raya sempena sambutan perayaan Deepavali tahun ini.

Bermula 18 Oktober Hingga 19 Oktober

Menurut kenyataan daripada pihak PLUS, diskaun tol ini akan mula dilaksanakan pada 12.01 tengah malam, 18 Oktober, dan akan berakhir pada 11.59 malam, 19 Oktober, sebagaimana dilaporkan oleh Bernama.

Langkah ini diambil bagi meringankan beban rakyat serta menyokong kelancaran perjalanan pulang ke kampung atau ke destinasi pilihan sepanjang tempoh perayaan.

28 Lokasi Smart Lane Diaktifkan

PLUS turut memaklumkan bahawa 28 lokasi tumpuan trafik akan diaktifkan dengan laluan Smart Lane bagi membantu mengurangkan kesesakan dan mempercepatkan aliran trafik di lebuh raya.

“Bagi mengurus kesesakan dan melancarkan pergerakan trafik, PLUS akan mengaktifkan laluan Smart Lane di 28 lokasi tumpuan trafik di lebuh raya bagi membantu melancarkan pergerakan trafik di lokasi kritikal di lebuh raya,” jelas kenyataan itu.


Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

Kemudahan Di Plaza Tol & R&R Dipertingkatkan

Sebagai tambahan, beberapa langkah proaktif turut diambil termasuk persediaan khas di plaza tol dan kawasan Rehat & Rawat (R&R) bagi memastikan perjalanan lebih selesa.

PLUS juga menyeru pengguna lebuh raya supaya merancang perjalanan lebih awal dan memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang disediakan seperti tandas, surau dan kawasan rehat di sepanjang lebuh raya.

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


 Sumber : Bernama

Tarziman —17/10/2025,  9:38PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos