Jule Kantoi Mesra Dengan Skandal Walaupun Masih Bergelar Isteri Orang?
Pempengaruh Indonesia Jule Didakwa Curang Dengan Lelaki Lain
Tular Foto & Video Mesra Mirip Jule
Nama pempengaruh Indonesia, Jule atau nama penuhnya Julia Prastini, kini menjadi topik hangat selepas beberapa foto dan video intim yang didakwa mirip dirinya tersebar di media sosial. Kandungan yang dimuat naik oleh akaun Instagram @thesecretlifeofjuleee_2 menampakkan seorang wanita didakwa sebagai Jule bermesra dengan seorang lelaki lain.
Lebih mengejutkan, terdapat juga rakaman memaparkan aksi pasangan itu berciuman dan menghabiskan masa bersama di dalam sebuah bilik yang kelihatan seperti bilik hotel atau rumah peribadi.
Masih Berstatus Isteri & Ibu Kepada 3 Anak
Apa yang mencetuskan kemarahan ramai ialah hakikat bahawa Jule masih merupakan isteri kepada jejaka Korea Selatan, Na Daehoon. Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 31 Julai 2021, selepas sembilan bulan menjalinkan hubungan serius.
Sepanjang perkahwinan mereka, Jule dan Daehoon telah dikurniakan tiga orang cahaya mata yang sering menjadi sebahagian daripada kandungan media sosial mereka sebelum ini.
Ruangan Komen Ditutup, Netizen Mula Spekulasi
Susulan isu ini menjadi perbualan hangat netizen, Jule dilihat telah menutup ruangan komen di akaun media sosial miliknya — dipercayai bagi mengelakkan serangan komen negatif.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
Setakat artikel ini ditulis, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Jule mahupun suaminya, Na Daehoon. Spekulasi terus hangat diperkatakan di ruang media sosial terutamanya di Indonesia.
Tiada Pengesahan Rasmi, Tapi Netizen Terus Serang
Walaupun belum ada pengesahan muktamad bahawa wanita dalam video dan gambar tersebut adalah Jule, ramai pengguna media sosial sudah mula meninggalkan komen-komen pedas serta mengecam tindakan tersebut sebagai “tidak bermaruah” dan “menghancurkan rumahtangga sendiri”.
Ramai juga yang bersimpati dengan Daehoon dan anak-anak pasangan ini kerana menjadi mangsa dalam isu yang sepatutnya melibatkan dua individu dewasa sahaja.
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.
Sumber : X
https://x.com/i/status/1978514044450480355


