· ·

Denis Puric Sanggup Lawan Johan Ghazali Di Malaysia Jika Dibayar Mahal

Denis Puric Hanya Mahu Lawan Jika Bayaran Besar

Denis Puric, petarung Muay Thai berbangsa Bosnia-Kanada, memberi amaran bahawa dia bersedia untuk melawan Johan Ghazali di Malaysia — tetapi hanya jika ONE Championship sanggup membayar dengan harga yang tinggi. Bagi Puric, pertarungan ini langsung tidak mendatangkan faedah kepadanya melainkan ia melibatkan pulangan lumayan.

‘Pertarungan Ini Tak Masuk Akal Tanpa Duit’

Dalam satu temu bual bersama Bangkok Post, Puric menyelar kenyataan terbaru Johan Ghazali yang menggelar dirinya sebagai “perintis” arena sukan tempur Malaysia. Puric menganggap Ghazali berhalusinasi, dan berkata:

“Jika saya menang, mereka kata saya kalahkan budak. Kalau kalah, saya kalah kepada budak. Jadi, kalau mahu juga saya lawan, bayar saya mahal. Saya akan belasah dia di tanah airnya sendiri.”

Beliau juga menyifatkan penyokong Ghazali sebagai “gila” dan menyatakan hanya wang yang boleh mengubah pendiriannya.

Ghazali Dituduh Sombong, Tetapi Tiada Dendam

Johan Ghazali yang masih remaja kini menjadi antara nama besar dalam arena sukan tempur di Malaysia. Namun, menurut Puric, semua populariti itu membuatkan Ghazali “besar kepala”.

“Dia mungkin jadi hebat suatu hari nanti kalau belajar untuk merendah diri,” kata Puric, yang menegaskan bahawa dia tidak menyimpan dendam, hanya berniaga.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

Pernah Bertemu Sebagai Jurulatih Di Abu Dhabi

Kedua-dua mereka pernah bersemuka ketika bertugas sebagai jurulatih di Kejohanan Dunia Remaja IFMA 2025 di Abu Dhabi. Menariknya, ketika itu mereka sempat bergambar dan berbual baik. Puric malah sempat menawarkan sesi sparring kepada Ghazali.

“Saya cakap, ‘Kalau kau boleh kalahkan aku, mungkin aku akan beri kau peluang bertarung.’”

Buat masa ini, fokus Puric kekal pada pertarungannya menentang Takeru Segawa di Tokyo pada 16 November. Namun, jika ONE Championship melihat potensi acara besar di Malaysia, dia bersedia untuk “tutup mulut” Ghazali jika dibayar secukupnya.

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


 Sumber : Bangkok Post

Tarziman —21/10/2025,  10:17PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos