· ·

Peniaga Lobster Semporna Tipu Pelancong China, Netizen Malu & Marah

Peniaga Lobster Semporna Didakwa Tipu Pelancong China, Netizen Malu & Berang

Video tular memaparkan seorang pelancong dari China mendakwa dirinya ditipu oleh sekumpulan peniaga lobster di Semporna mencetuskan kemarahan netizen Malaysia, khususnya warga Sabah.

Wang Dikatakan Palsu, Tapi Sebenarnya Sah

Menurut pelancong wanita berkenaan, kejadian berlaku sewaktu dia cuba membuat bayaran menggunakan wang kertas yang baru sahaja dikeluarkan dari mesin ATM. Namun, peniaga terlibat pada awalnya menolak wang itu dengan mendakwa ia palsu.

Tidak lama kemudian, setelah membelek wang tersebut, peniaga itu menukar udang lobster di dalam plastik milik pelancong berkenaan dengan udang lain yang bersaiz jauh lebih kecil. Selepas itu barulah mereka mengesahkan wang itu sah dan menyerahkan semula lobster tersebut.

Pelancong Rampas Wang Semula

Namun, menyedari berlaku penipuan, pelancong itu bertindak merampas semula wangnya dan menegur tindakan tidak jujur itu. Suasana menjadi tegang apabila peniaga-peniaga muda itu mula mengejek pelancong terbabit.

Video insiden tersebut kemudiannya menjadi tular dan mengundang reaksi negatif dalam kalangan netizen Malaysia.

Netizen Tempatan Kecewa, Tuntut Kejujuran

Ramai netizen menyuarakan kemarahan, khususnya warga Sabah sendiri yang merasakan kejadian ini mencemarkan nama baik negeri mereka.

“Memang bang***, buat malu orang Sabah sahaja,” tegas seorang pengguna media sosial yang jelas kecewa.

Terdapat juga komen menyindir bahawa peniaga seperti ini hanya tahu menipu pelancong tetapi akan mula merayu dan sedih bila sektor pelancongan merosot.

Sebilangan netizen turut menegur kehadiran peniaga tanpa izin yang dikatakan semakin ramai di Semporna dan menggesa pihak berkuasa bertindak tegas.

Bimbang Imej Negara Tercalar

Insiden ini telah mencetuskan perbincangan hangat tentang bagaimana sikap tidak jujur sesetengah peniaga mampu merosakkan reputasi Semporna yang sebelum ini terkenal sebagai destinasi pelancongan popular.

Rata-rata bersetuju bahawa penipuan seperti ini boleh menjejaskan keyakinan pelancong untuk datang semula ke Malaysia dan menggugat ekonomi tempatan.


Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


 Sumber : TWITTER

Tarziman —23/10/2025,  10.13AM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos