· ·

Aslam Bengang Diprovokasi Netizen Ketika Live Jual Tudung

Aslam Tampil Berang Dituduh Abaikan Salah Seorang Isteri

Pempengaruh media sosial terkenal, Ahmad Aslam meluahkan rasa tidak puas hati apabila dirinya menjadi sasaran provokasi dan spekulasi daripada netizen semasa menjalankan siaran langsung jualan tudung bersama isterinya, Umisya Mazlan.

Dalam sesi live tersebut, netizen membanjiri ruangan komen dengan kecaman, selain menunjukkan rasa simpati yang keterlaluan terhadap isteri kedua Aslam, Marissa Dania. Tindakan itu nyata tidak disenangi oleh Aslam yang sedang berusaha membantu perniagaan tudung Umisya.

“Kasihan apa ni? Saya tidak faham. Saya bagi makan dan tempat tinggal cukup,” katanya dengan nada kecewa sambil membaca komen netizen.

Menurut Aslam, tanggungjawabnya sebagai suami telah dilunaskan dengan adil kepada kedua-dua isteri, dan tidak wajar jika netizen membuat andaian melulu seolah-olah Marissa telah disisihkan atau dipinggirkan.

Umisya Tegur Netizen: “Kasihan Biarlah Pada Orang Yang Patut”

Dalam masa yang sama, Umisya turut bersuara mempertahankan suaminya serta memperbetulkan persepsi yang cuba dibentuk oleh netizen dalam siaran langsung itu.

“Awak cuba kasihan dekat orang yang tepat. Kalau nak kasihankan orang, berpada-pada. Tengok dengan keadaan. Jangan kasihan dekat orang yang tidak patut,” katanya tegas.

Umisya juga sempat menyoal netizen yang seolah-olah keliru dalam memberikan simpati, kerana hakikatnya kedua-dua wanita tersebut hidup bermadu dan menerima situasi tersebut dengan cara masing-masing.

“Jadi awak nak kasihan yang mana satu ni? Sebab dua-dua bermadu,” katanya sambil menunjukkan riak tidak puas hati.

Netizen Terus Pertikai Kehidupan Peribadi Aslam & Isteri

Insiden ini sekali lagi membuka perdebatan di media sosial mengenai kehidupan bermadu, di mana netizen dilihat lebih cenderung untuk membuat penilaian berasaskan emosi dan persepsi luaran, tanpa mengetahui realiti sebenar yang berlaku dalam rumah tangga seseorang.

Walaupun Aslam dan kedua-dua isterinya telah beberapa kali menjelaskan keadaan sebenar hubungan mereka, kecaman dan komen berbaur simpati serta provokasi masih terus menghantui setiap langkah mereka di platform media sosial.

@mesyalovebackup

Jangan ditoreh luka lama. Masuk rumah orang, jaga mulut. — #umisyamazlan #aslam #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #berandatiktok

♬ Rumah by Salma Salsabil - sadvibes🥀


Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


 Sumber : TIKTOK

Tarziman —24/10/2025,  02.22PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos