Remaja OKU Sujud Kaki Peniaga Lepas Disamun Di KL
Remaja OKU Disamun Sebaik Tiba Di KL
Seorang remaja lelaki berstatus OKU yang mengalami masalah pembelajaran menjadi mangsa samun sebaik tiba di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur.
@ezzuchang Kesian budak India OKU datang KL nak cari kerja. Tapi kena samun dekat TBS😢 #ezzuchang #oppazuzukl #fyp
♬ Sedih menyentuh hati - Yuda Pratama
Kisah menyentuh hati itu dikongsikan oleh seorang pengusaha makanan dikenali sebagai Ezzu Chang menerusi satu video di TikTok.
Dipukul Di Kepala Dan Dompet Dirampas
Menurut Ezzu, remaja tersebut yang merupakan warga India berkongsi pengalaman ngeri apabila dia didatangi seorang lelaki yang menawarkan kerja.
“Saya sampai di TBS, ada seorang lelaki kata nak bagi saya kerja. Saya pun ikut dia ke satu lorong, dia terus pukul kepala saya sampai bengkak dan ambil beg serta dompet saya,” jelas remaja itu kepada Ezzu.
Peniaga Tampil Hulur Bantuan
Tersentuh dengan nasib yang menimpa remaja tersebut, Ezzu segera menghulurkan bantuan. Dia memberikan sepasang selipar, makanan dan minuman untuk mengurangkan kesusahan yang dihadapi.
Bukan itu sahaja, Ezzu turut mengambil inisiatif menempah teksi untuk membawa remaja itu pulang ke TBS. Malah dia turut membayar tambang serta memberikan sedikit wang tambahan untuk membeli tiket bas ke kampung halaman.
Sujud Tanda Terima Kasih
Tindakan Ezzu membantu tanpa mengira bangsa dan latar belakang membuatkan remaja tersebut sangat terharu. Dalam video yang tular itu, dia dilihat menunduk dan sujud di kaki Ezzu sebagai tanda penghargaan yang tulus ikhlas.
Netizen Puji Ezzu Dan Remaja OKU
Di ruangan komen, ramai netizen menzahirkan rasa hormat kepada Ezzu atas tindakan mulianya. Mereka turut kagum dengan adab dan sikap rendah diri remaja OKU itu.
Ramai juga menyuarakan harapan agar lebih ramai masyarakat tampil membantu tanpa melihat perbezaan bangsa atau agama, terutama dalam situasi kecemasan seperti yang dilalui remaja tersebut.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


