· ·

Pengunjung Kena Tampar Lepas ‘Rem’ Motor Pameran Tanpa Izin

Pengunjung ‘Rem’ Motor Tanpa Izin, Terima Pengajaran Di Depan Orang Ramai

@djyafihalil

NVX enjin superbike tayar Besar jgn rem tanpa izin. Hormat event #superbike #like #fyp #follow #share

♬ original sound - Dj YafiHalil - Dj YafiHalil

Tular satu klip video memaparkan seorang pengunjung acara motosikal yang menerima pengajaran cukup memalukan selepas bertindak tanpa izin. Dalam video tersebut, kelihatan seorang lelaki memulas throttle sebuah motosikal pameran untuk merakam bunyi ekzos Akrapovic yang terpasang pada motor tersebut.

Ketika orang ramai sedang mengelilingi motosikal berkenaan, lelaki itu beberapa kali ‘rem’ motor tanpa kebenaran pemilik. Namun, tindakannya tidak disenangi apabila tangan pengunjung itu tiba-tiba ditepuk oleh seorang lelaki yang dipercayai pemilik motosikal berkenaan.

Reaksi Warganet Sokong Tindakan Pemilik Motor

Kejadian yang berlaku di hadapan ramai pengunjung itu menarik perhatian warganet yang rata-ratanya menyokong tindakan pemilik motosikal. Ramai berpendapat lelaki tersebut wajar ditegur kerana tidak menghormati harta benda orang lain.

Antara komen yang menarik perhatian berbunyi: “Rasa sakit itu tidaklah sangat, tapi rasa malu itu seumur hidup.” Netizen juga menegaskan pentingnya adab dan izin sebelum menyentuh atau mengendalikan barangan pameran milik orang lain.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


 Sumber : Tiktok

Tarziman —30/10/2025,  02.33PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos