YouTuber Lenjan Proton Saga Di Litar, Netizen Luar Terkejut Tengok Ketahanan Kereta Malaysia
YouTuber Uji Proton Saga Di Litar, Kejutkan Penonton Seluruh Dunia
Nama Garbage Time, YouTuber yang gemar lakukan eksperimen pelik terhadap kereta lama, kembali mencuri perhatian selepas video terbaharunya menunjukkan dia melenjan Proton Saga di litar lumba profesional.
Dalam video tersebut, dia menjelaskan kereta Mitsubishi Evo miliknya menghadapi masalah dan tidak dapat digunakan. Jadi, dia membawa Proton Saga miliknya yang digelar “Gobber” ke litar untuk menggantikan kereta lumba tersebut.
Menariknya, kereta Saga ini bukan sembarangan. Ia pernah menjadi bahan eksperimen ekstrem dalam video terdahulu — termasuk penggunaan bahan bukan konvensional dalam sistem kereta semata-mata untuk menguji tahap ketahanan enjin dan komponennya. Walaupun sudah “diseksa” sebelum ini, dia tetap nekad membawa kereta itu masuk ke trek sebenar.
Proton Saga Buktikan Daya Tahan Luar Jangkaan
Tanpa disangka, Proton Saga itu bukan saja masih berfungsi dengan baik, malah menunjukkan prestasi cemerlang di atas litar. Dalam rakaman video, Saga dilihat stabil ketika mengambil selekoh dan hanya mengalami sedikit understeer, namun tetap mampu mengekori rapat sebuah BMW di hadapan.
Lebih mengagumkan, dia berjaya mencapai kelajuan maksimum sekitar 97 mph — angka yang cukup tinggi untuk sebuah sedan kecil buatan Malaysia.
Garbage Time sendiri terkejut dengan prestasi Saga itu lalu berseloroh,
“Proton, macam mana anda buat ni? Semua orang puji Toyota, tapi saya pilih Proton. Tengok ni, ada magis dalam enjin ni!” katanya sambil ketawa.
Netizen Anggap Ini Iklan Terbaik Untuk Proton
Ruangan komen dibanjiri pelbagai reaksi daripada penonton luar negara yang kagum dengan ketahanan Proton Saga. Ramai yang memuji keupayaan kereta itu bertahan selepas pelbagai eksperimen ekstrem, malah masih boleh beraksi hebat di trek sebenar.
Ada yang berkata, “This is the best ad Proton never made.”
Ramai juga meluahkan minat untuk memiliki Proton Saga selepas menonton video tersebut, sambil menganggap ia bukti jelas kehebatan kejuruteraan Malaysia.
Sebahagian penonton turut mencadangkan agar Garbage Time membina versi khas Proton Saga Track Project untuk melihat sejauh mana potensi sebenar kereta itu di litar.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


