Saya Bantu Selamatkan Rumah Tangga” – Coach Cerai Tampil Jelaskan Salah Faham
Coach Cerai Jadi Tular Selepas Hadir Ke Mahkamah Bersama Uqasha Senrose
Nama seorang lelaki dikenali sebagai Coach Cerai menjadi bualan ramai selepas tular video dirinya hadir bersama pelakon Uqasha Senrose di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 28 Oktober lalu.
@mbuzzterhangat Akhirnya Uqasha tiba di perkarangan Mahkamah Syariah sambil ditemani Coach Cerai. #meloditv3
♬ original sound - Mbuzz Terhangat - Mbuzz Terhangat
Difahamkan, Uqasha yang kini menghadapi kemelut rumah tangga bersama suaminya, Kamal Adli, merupakan salah seorang klien kepada Coach Cerai.
Sejak tularnya video itu, ramai netizen tampil memberikan pelbagai reaksi. Ada yang tidak menyangka wujud profesion seperti “jurulatih perceraian”, malah ada juga yang mengecam kerana menyangka tugasnya adalah memberi galakan kepada pasangan untuk berpisah.
“Saya Tak Ajar Orang Bercerai, Saya Nak Selamatkan Rumah Tangga”
Menjawab kekeliruan itu, Coach Cerai atau nama sebenarnya Mohd Izary Muhammed Ikhbal, tampil menjelaskan skop sebenar kerjayanya.
“Memang ada yang kecam hingga panggil saya dasim (jin yang merosakkan rumah tangga) sebab mereka salah faham. Tapi saya tak salahkan mereka, mungkin sebab belum faham skop kerja saya. Saya bukan nak ajar orang bercerai, saya nak bantu selamatkan rumah tangga,” katanya kepada Harian Metro.
Lelaki berusia 45 tahun itu sebelum ini bergiat dalam bidang kewangan selama lebih 20 tahun sebelum memulakan kerjaya sebagai pembimbing dan penasihat untuk pasangan yang ingin bercerai sejak Oktober 2024.
Pernah Dua Kali Bercerai, Kini Gunakan Pengalaman Untuk Bantu Orang Lain
Mengulas lanjut, Mohd Izary berkata dia memilih jalan ini kerana pengalaman hidupnya sendiri yang pernah melalui dua perceraian sebelum ini.
“Saya pernah bercerai dua kali — kali pertama pada tahun 2006, dan kini saya bersama isteri ketiga yang dah bertahan selama 12 tahun,” jelasnya.
Beliau turut berkongsi bahawa sebelum ini dia sering memberi nasihat kepada rakan-rakan dan kenalan yang mempunyai masalah rumah tangga supaya tidak terus berpisah. Dorongan daripada orang sekeliling membuatkannya serius untuk menjadi Coach Cerai, menggunakan pengalaman peribadi sebagai panduan untuk membantu orang lain.
Selain rakyat tempatan, Mohd Izary turut mempunyai klien dari luar negara yang mengikuti sesi bimbingan secara dalam talian.
Isteri Turut Jadi Penasihat Dalam Program Bimbingan
Menariknya, kerjaya ini bukan dilakukan seorang diri. Mohd Izary turut dibantu oleh isterinya, Ungku Zuraida Ungku Izzat, yang berperanan memberi pandangan daripada perspektif wanita.
“Pendekatan saya mudah — saya dengar dulu masalah klien, kemudian saya bantu mereka betulkan cara fikir tentang rumah tangga. Saya tak pernah suruh orang bercerai, tapi saya bantu mereka ‘bercermin’ semula dan sedar apa yang sebenarnya sedang berlaku,” jelasnya.
Tambahnya lagi, ramai klien yang tampil semula memberikan maklum balas positif selepas mengikuti sesi bimbingannya.
“Alhamdulillah, ada pasangan yang dah hampir bercerai, tapi batalkan hasrat selepas sesi bimbingan. Ada juga klien wanita yang trauma dengan perkahwinan lalu, akhirnya terbuka hati untuk berkahwin semula. Semua itu berlaku dengan izin Allah,” ujarnya.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.



